Wednesday, November 17, 2010

Memori indah AIDIL ADHA di perantauan

Assalamualaikum wbt....sepenuh kesyukuran ku lafazkan buat Penciptaku yg Maha Agung, Allah swt..selawat & salam buat idola yg sgt ku kagumi, Rasulullah saw,keluarganya serta sahabat seperjuangan Baginda.  tidak lupa jga seikhlas doa ku hadiahkan buat insan yg amat ku rindui (arwah bonda & ayahanda tercinta), kaum keluarga, guru2, sahabat2 dan seluruh umat Islam yg lainnya...diri ini amat menyayangi kalian semua ^_^....

Alhamdulillah hari ini aq mndapat curahan idea utk ku lakarkan sedikit memori yg terukir indah pada Hari Raya Aidil Adha...buat julung2 kalinya raya kali ini memang bbeza dr hari raya yg ku sambut pd tahun2 terdahulu..ini kerana kali ini buat pertama kali dalam hidupku, aq beraya berjauhan dr keluarga...bkn x mau blek kg tp memandangkan tmpoh exam smkin dekat, aq bmbang skiranya pulang, aq agak liat utk dtg awl ke kampus....klu dh kt umah mmg kompom aq xkn study pyer...^_^...

Sehari sblm raya aq okey lg, xde rsa sdih @ rndu nk blek kg...aq cba utk blagak biasa...mls nk mnjakan diri la konon...lgpun kwan2 len ad...so xla sunyi & stress sgt.....tp mnjelang mlam raya, bila syup2 ku dengar takbir raya bergema memecah kesunyian kampus aq dh mula rsa sayu scra tba2...mkin lma mkin xdpt nk cntrol ksyuan yg dh mula meresap dlm sgenap jwa prmpuan aq ni...tp aq stay cool, tkut kena gelak ngn mmbe....(malu la nt...hehe)...dlm leka mndengar takbir smbil jari menari2 di laptop kesyganku tba2 teringat nk call satu2nya adik kesyganku di kg...alahai bila dengar je suara adikku, ego yg mggunung tnggi td hncur slebur2nya....esak tangisku bermula...bsah pipiku dgn air mata kerinduan...aq x pduli dh apa org nk kta...smbil sembang smbil nanges...namun ku pura2 selitkn sdkit gelak tawa spya x nmpak sgt "mnjanya" aq di pndangan adikku....(pdhal dia dh msak sgt ngn sikap kakak dia sorg ni...mmg kuat.....kuat nenges...^_^)...abes je sembang ngn adikku, aq kmbali mngadap laptop...ilangkn sdih smbil lyan lgu...

Esoknya, pgi2 lg aq & shabat seperjuangan di Medan Ilmu Sintok ini bgun utk bsiap ke Masjid utama dlm kmpus kami bg menunaikan solat sunat hari raya...smngatnya aq sbb klu kt umah slalunya pgi rya sbuk tlong akak kt dapur siapkan juadah santapan bg golongan Adam dlm umah kami yg nk g solat....

Kami menuju ke masjid beramai2....mmg sronok sgt aq rsa suasana ni...ad hikmahnya aq xblek kg,...dpt rsa pnglaman bru brya d perantauan...slesai solat, kmi pakat2 ziarah dr bilik ke blik kwan2 yg ad kt cni....bgtu erat silaturrahim yg terjalin di pagi yg mulia ini...bingit telinga bila msing2 blwak jnka...bkn pe, utk mnghiburkn hti antara 1 sma lain....

Tepat pukul 2 petang slpas solat zhor, aq & 3 org shbat menyewa kereta utk berkunjung ke rumah keluarga angkatku di Kampung Padang Pekan, Jitra....(knal mse mnyertai sukarelawan banjir...nmun keramahan keluargaku ini benar2 mmbuatkn aq mrasa dekat skali dgn mereka....syg Umi & Abah^_^)...Umi bgtau dlm msej td ad wat korban kt surau...rezeki2....bila smpai je kt umah Umi, beliau menyambut kedatangan kami dgn bgtu ramah skali...apa yg mmbuatkan aq mdah mndekati Umi, Abah & kakak adlah krna mereka mmg trsgt2 peramah....aq x rasa terasing bila berada dlm rumah 2....ad je cerita yg di jdikan modal bbual....diam Abah, Umi smbung..diam Umi, Abah plak smbung...& bgtu lah sterusnya...kmi cuma menyampuk bila bkesempatan je...hehehe  happy sgt....(thanks buat Umi sekeluarga ats lyanan yg bgtu special...!!!)....kami mkn tgahari kt situ, mmg kesian tgok Umi n kakak kelam kabut menyiapkan hidangn buat kami berempat...x menang tgn dibuatnye....mulutnya juga selari dgn pbuatannya....kmi hanya tergelak mlihat gelagat Umi tersayang....^_^.....

Selesai mkn tgahari, kmi mnta diri utk solat Asar...Kemudian usai solat, kami sambung bsembang smpailah jam menunjukkan pkul 6 petang....(msa utk kami bergerak pulang ke kampus....)  Kmi pn bsalam2an dgn Umi sekeluarga, sempat Umi membungkus ketupat, rendang & daging korban utk kami bawa pulang....rezeki2....hehe.....Pelukan erat Umi sewaktu menghantar kami ke kereta mmbuatkan aq sebak & rasa nk stay kt situ je...cukup mnyentuh hati...ingatanku melayang pd arwah bonda tercinta....rindunyaaaa.....namun apakan daya.....-_-......

Pulang je dr rumah Umi, kami singgah di rumah mak cik yg bekerja di blog kampus kami menginap....hubungan kami & mak cik yg kami gelar Mak Cik Timah mmg akrab...seolah2 dia lah ibu kami di sini (UUM)....beliau sering btya kabar & mengambil berat mengenai kami yg dh di anggap spt anknya sndiri....so alang2 dh keluar braya, baik kami snggah umah beliau dlu...lgpun umah Mak Cik Timah tidak jauh dr UUM....mse kami smpai lg 15 minit nk msuk wktu magrib...(sungguh x sopan kn dtg umah org wktu cmni...)...tp hanya ini wktu & ksempatan yg kami ada utk berkunjung ke rumah bliau....pasni ssah cket nk datang bila msing2 cbok ngn stdy & exam....Makcik menyambut kedatangan kami dgn senyuman ceria, bgtu jga dgn suaminya....syukur alhamdulillah....kami dihidangkan dgn ketupat & rendang...kuih muih juga menghiasi meja....kenyang btl la arini katakan.....sblm pulang kami smpat bersolat magrib di situ dulu...alang2 waktu magrib da msuk....tenang cket nk meneruskan pjalanan...x dela gopoh nk cpat sgt....

Jam menunjukkan pkul 7.35 pm.....kami mminta diri utk pulang....Mak Cik pn smpat gak bngkuskan rendang utk kami bwak blek.....wah rezeki mncurah2....Alhamdulillah.....

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim kami meneruskan perjalanan pulang....Alhamdulillah tepat jam 8.00 pm kami selamat tiba di kolej penginapan (DPP Petronas)...

Begitulah hikayat perjalanan kami hari ni....beraya sakan smpai malam tp amanah Allah swt tetap x kami lupakan....syukur pada Allah krna sering mengingatkan hati kami ini utk terus bersujud kepadaMU walaupun dalam keasyikan menyambut Hari Raya......itulah yg sebaiknya....(to ZITA,CHE WAN & BELLA...thanks utk hari ni...kenangan terindah di perantauan)
.~Wallahu'alam~

..........Selamat Hari Raya Aidil Adha ^_^........




Sunday, November 14, 2010

Solat Sunat Tahajjud & Dhuha...selamat beramal ^_^


SOLAT SUNAT TAHAJJUD 
Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 @ 4 pagi.


Di antara fadhilatnya  :
1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
6. Doanya akan dikabulkan oleh Allah SWT.

عَنْ عُبَادَةُ بْنُ الصَّامِتِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَعَارَّ مِنْ اللَّيْلِ فَقَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي أَوْ دَعَا اسْتُجِيبَ لَهُ فَإِنْ تَوَضَّأَ وَصَلَّى قُبِلَتْ صَلَاتُهُ
Dari Ubadah bin Shamit RA dari Rasulullah SAW : Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengucap "Tiada Tuhan selain Allah. Tidak ada sekutu baginya. Dia Pemilik Kerajaan dan segala puji hanya untukNya. Dia Maha Kuasa. Segala pujian hanya untuk Allah. Segala Keagungan hanya untuk Allah. Tiada tuhan selain Allah. Allah Maha Besar. Tiada daya dan kuasa kecuali dengan izin Allah." Kemudian mengatakan ""Ya Allah Ampunkan Kami" atau berdoa kepada Allah, maka doanya akan dikabulkan dan apabila dia berwudhuk dan mengerjakan solat malam (tahajjud), maka solatnya akan diterima. Hadis riwayat Bukhari.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ فَيَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Tuhan Kami, Pemberi Berkat, Yang Maha Kuasa, turun setiap  malam hingga ke langit yang paling dekat dengan kita (langit dunia) pada akhir 1/3 malam dan Dia berfirman ; Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku Kabulkan. Sesiapa yang meminta sesuatu dariKu, akan Kuberikan. Sesiapa yang memohon kemapunan kepadaKu, akan Aku ampunkan. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّه صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَعْقِدُ الشَّيْطَانُ عَلَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدِكُمْ إِذَا هُوَ نَامَ ثَلَاثَ عُقَدٍ يَضْرِبُ كُلَّ عُقْدَةٍ عَلَيْكَ لَيْلٌ طَوِيلٌ فَارْقُدْ فَإِنْ اسْتَيْقَظَ فَذَكَرَ اللَّهَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَإِنْ تَوَضَّأَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَإِنْ صَلَّى انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَأَصْبَحَ نَشِيطًا طَيِّبَ النَّفْسِ وَإِلَّا أَصْبَحَ خَبِيثَ النَّفْسِ كَسْلَانَ
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ; Syaitan akan mengikat kamu dengan 3 simpulan pada belakang kepala ketika kamu tidur, Pada setiap simbpul dia berkata : Malam masih panjang, maka teruskan tidurmu. Apabila seseorang itu bangun dan mengingati Allah, maka terlepaslah satu simpul. Apabila dia berwuduk, terlepas pula  simpul kedua, apabila dia mengerjakan solat, maka terlepas pula simpul yang ketiga. Dan pada pagi harinya (Subuh) dia akan bangun dengan penuh semangat dan dalam keadaan hati yang baik; sebaliknya, jika dia tidak melakukan perkara tersebut (mengingati Allah, berwuduk dan solat malam), dia akan bangun pagi dalam keadaan hati yang buruk dan malas. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.



Lafaz Niat Solat Sunnat Tahajjud
 

أصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku sembahyang sunnat tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala
عَنْ طَاوُسٍ سَمِعَ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَامَ مِنْ اللَّيْلِ يَتَهَجَّدُ قَالَ اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ مَلِكُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ الْحَقُّ وَوَعْدُكَ الْحَقُّ وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ وَقَوْلُكَ حَقٌّ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ وَمُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقٌّ وَالسَّاعَةُ حَقٌّ اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَوْ لَا إِلَهَ غَيْرُكَ
Dari Thaus, beliau mendengar Ibnu Abbas RA berkata bahawa setiap kali Rasulullah SAW  bangun pada malam hari untuk solat Tahajjud, Rasulullah SAW  mengucapkan : Ya Allah, bagiMu segala puji. Engkau penegak langit dan bumi dan segala isinya. BagiMulah segala puji'. Bagimu kerajaan langit dan bumi serta isinya. Dan bagiMulah segala puji cahaya bagi langit dan bumi, Engkaulah yang benar, dan janjiMu adalah benar, dan syurga adalah benar, dan neraka adalah benar, dan nabi-nabi itu adalah benar, dan nabi Muhammad saw, adalah benar, dan saat hari kiamat itu adalahbenar, ya Allah, kepadaMulah kami menyerah diri, kepadaMulah kami beriman, kepadaMulah kami bertawakkal, kepadaMulah kami bertaubat, Dengan pertolonganMulah kami membantah (orang kafir), kepadaMulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang belum kami lakukan, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah."  Hadis riwayat Bukhari.

 SOLAT SUNAT DHUHA 

Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih.  Maksimanya 12 rakaat.
 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ
Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, "Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari   setiap bulan,  sembahyang dhuha 2 rakaat dan  sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).
 
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الْجَنَّةِ

Drp Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW ; "Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)
 Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."
Rasulullah bersabda lagi,


"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."
 Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW , beliau bersabda : "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani


Niat Solat Dhuha

أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala 

Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali
سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ  وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ

"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"

Doa :
اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ
"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu,
kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
 




FADHILAT PUASA WAJIB DAN SUNNAT SEPANJANG TAHUN

Assalamualaikum wbt....Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.....(moga beroleh manfaat...^________^

                        Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.
                        Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)
                        Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat."Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."
                        Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:
  • Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga
  • Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.
  • Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka
  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi
  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
  • Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."
                        Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan, ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun iaitu seperti yang akan disebutkan nanti.
FADHILAT PUASA RAMADHAN
                        Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.
                        Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:"Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)
                        Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan keranaAku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
FADHILAT PUASA-PUASA SUNNAT SEPANJANG TAHUN
1.    Puasa enam hari dalam bulan Syawal
                        Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)
                        Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan.
2.    Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah)
                        Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya,Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya."(Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)
                        Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim)
3.    Puasa pada bulan Muharram
                        Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)
                        Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)
4.    Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)
                        Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)
5.    Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)
                        Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharra,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)


PERINGATAN

Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)
6.    Puasa bulan Sya'aban
                        Daripada Usamah bin Zaid r.a. katanya, aku berkata: "Wahai Rasullullah, tidak saya lihat tuan hamba berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan (dalam setahun selain Ramadhan) seperti tuan berpuasa pada bulan Sya'aban." Sabda Rasullullah s.a.w."Bulan ini (yakni bulan Sya'aban) ialah bulan yang manusia lalai padanya antara Rajab dan Ramadhan, pada hal ia (yakni bulan Sya'aban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat dan aku berpuasa." (Riwayat al-Nasai)
                        Ummu Salamah r.a. pula berkata: "Tidak pernah aku lihat Rasullullah s.a.w. berpuasa dua bulan berturut-turut melainkan pada bulan Sya'aban dan Ramadhan."(Riwayat al-Turmuzi)
7.    Puasa pada hari Isnin dan Khamis
                        Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w. sabdanya: "Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa." (Riwayat al-Turmuzi)
                        Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)
8.    Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat
                        Daripada 'Ubaid bin Muslim al-Qurasyi daripada bapanya r.a. ujurnya, aku bertanya atau ditanya oleh Baginda Rasullullah s.a.w. mengenai puasa dahar (sepanjang tahun), maka Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tidak (maksudnya tidak dibenarkan puasa tersebut), kerana sesungguhnya untuk keluargamu atas dirimu ada hak. Oleh itu berpuasalah pada bulan Ramadhan dan yang mengikutinya (enam hari dalam bulan Syawal), dan pada setiap hari Rabu dan Khamis, maka anda sungguh telah (mendapat pahala) puasa sepanjang tahun dan anda juga telah berbuka." (Riwayat Abu Dawud, al-Nasai dan al-Turmuzi)
                        Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau telah mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, nescaya Allah s.w.t. membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka>" (Riwayat al-Tabrani)
                        Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau banyak, nescaya diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa."(Dikeluarkan oleh al-Tabrani)
9.    Puasa pada hari Putih (13,14 dan 15 bulan Islam)
                        Diriwayatkan daripada Jarir r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasa tiga hari pada setiap bulan adalah puasa sepanjang tahun iaitu puasa pada hari-hari putih - pada hari 13,14 dan 15 (bulan Qamariyah)." (Riwayat al-Nasai dengan sanad yang sohih)
10.   Puasa tiga hari pada setiap bulan
                       Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abi Qatadah, bahawasanya Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Puasa tiga hari pada setiap bulan, Ramadhan ke Ramadhan itulah puasa sepanjang masa."
                        Mengenai berpuasa tiga hari pada setiap bulan, ada beberapa pendapat Ulama. Antaranya dikatakan puasa tiga hari itu ialah puasa pada 13,14 dan 15. Inilah pendapat kebanyakkan Ulama, antara lain Umar, Ibnu Mas'ud, Abu Zar, al-Syafi'i, Abu Hanifah, Ahmad dan Ishaq.
                        Sementara al-Nakha'i berpendapat ialah puasa tiga hari pada akhir bulan.
11.    Puasa selang-seli (sehari puasa sehari tidak)
                        Hadith daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al-'As r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Telah sampai berita kepadaku bahawa anda berpuasa pada waktu siang dan berjaga (kerana beribadah) waktu malam. Jangan buat demikian kerana untuk jasadmu atas dirimu ada habuan, untuk matamu atas dirimu ada habuan dan untuk isterimu ada habuan. Puasalah dan berbukalah. Puasa tiga hari pada setiap bulan, maka dengan demikian anda mendapat pahala sepanjang tahun." Aku berkata: " Wahai Rasullullah, aku mempunyai kekuatan (keupayaan untuk berpuasa). Sabda Baginda Rasullullah s.a.w. "Maka berpuasalah puasa NabiDaud a.s. iaitu berpuasalah sehari dan berbuka sehari."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
                        Daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al'As katanya, telah bersabda Rasullullah sa.w. bermaksud: "Puasa yang paling disukai oleh Allah s.w.t. ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah s.w.t. ialah solat Nabi Daud, baginda tidur separuh malam dan bangun beribadah sepertiga malam dan tidur seperempat malam dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


PERINGATAN

1.    Dalam mencari pahala puasa sunnat, janga tersalah hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu:
  • TANGGAL 1 SYAWAL (HARI RAYA AIDIL FITRI)
  • 10 ZULHIJJAH (HARI RAYA AIDIL ADHA)HARI-HARI TASYRIQ: 11, 12 DAN 13 ZULHIJJAH
  • HARI SYAK MUNGKIN HARI MULA BERPUASA (30 SYA'ABAN)
  • SELEPAS 15 SYA'ABAN JIKA BUKAN PUASA QADHA ATAU NAZAR ATAU TIADA HUBUNGAN DENGAN PUASA PADA HARI SEBELUMNYA, ATAU BUKAN HARI YANG BIASA BERPUASA
  • PUASA SUNNAT BAGI WANITA TANPA IZIN SUAMI (JIKA SUAMI BERMUKIM YAKNI TAK MUSAFIR ATAU BERPERGIAN JAUH)
2.    JANGAN PULA BERPUASA PADA HARI-HARI YANG DIMAKRUHKAN:
  • PUASA ORANG YANG SAKIT BERSANGATAN
  • PUASA ORANG YANG SANGAT TUA
  • PUASA WANITA YANG HAMIL
  • PUASA ORANG YANG MUSAFIR
  • PUASA PADA HARI 'ARAFAH BAGI ORANG YANG MENGERJAKAN HAJI
  • PUASA PADA HARI SABTU SAHAJA (DITUNGGALKAN)
  • PUASA PADA HARI JUMAAT SAHAJA (DITUNGGALKAN)
  • PUASA ASALNYA SUNNAT DIKERJAKAN OLEH ORANG YANG MENANGGUNG PUASA QADHA
  • PUASA SEPANJANG TAHUN (SEPANJANG MASA)
3.    ORANG YANG MENGERJAKAN PUASA WAJIB DIKEHENDAKI BERNIAT PUASA PADA WAKTU MALAM. ADAPUN PUASA SUNNAT BOLEH BERNIAT PADA PAGI HARI SEBELUM TERGELINCIR MATAHARI (BELUM MASUK WAKTU ZUHUR) DENGAN SYARAT BELUM MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
4.    NIAT PUASA TIDAK SEMESTINYA DENGAN MELAFAZKAN DALAM BAHASA ARAB, MEMADAI MELINTASKAN DIDALAM HATI DENGAN APA-APA  JUGA BAHASA YANG KITA FAHAMI, IAITU BAHAWA KITA HENDAK MELAKUKAN PUASA (SEBUT JENIS PUASANYA) PADA HARI ESOK (JIKA NIAT PADA WAKTU MALAM) ATAU PADA HARI INI (JIKA BERNIAT PADA WAKTU DINIHARI ATAU WAKTU SAHUR ATAU PADA SEBELAH PAGI SELEPAS SUBUH JIKA PUASA SUNNAT)

Saturday, November 13, 2010

Duhai Hati, Bersabarlah....

Assalamualaikum wbt...Ya Allah bagiMU segala pujian, selawat & salam ku utuskan buat idola hati tercinta Rasulullah saw,ahli keluarganya serta sahabat seperjuangan Baginda. Tidak dilupakan juga sejambak doa ku hulurkan tanda ingatan buat arwah bonda & ayahanda yg teramat2 dri ini rndui, kaum keluarga, guru2, sahabat2 & seluruh umat Islam sesaudara....kalian amat istimewa dlm hatiku...

Tika jemari laju melakukan kerjanya, mindaku melayang ke desa halaman...desa yg byk menggamit kenangan manis, suka & duka selama aku bermusafir di bumi Allah ini...apa khabarnya keluargaku di kampung???  kerinduan benar2 mendesak jiwaku utk pulang, namun apakan daya perjuanganku msih blum selesai sepenuhnya di kampus ini...ahh rindunyaaaaa......terutama pada buah hati tersayang iaitu satu2nya adik lelakiku & sememangnya hya dia lah satu2 adik yg ku punya......anugerah & amanah Allah yg teramat istimewa buatku...sakit hati ini pabila drinya disakiti, ibarat cubit peha kanan peha kri kn trasa jua...mengenangkn semua itu kerinduanku utk pulang smkin membara....duhai hati bersabarlah"desisku.....

Lepas maghrib td, aku bersama bbrapa shabat lain keluar ke changlun utk menghantar salah seorg dripada kami yg akan pulang ke kg...sblm bertolak, ku berdoa moga Allah melindungi perjalanan kami spya kmi dpt pergi & pulang dgn selamat....slh 1 snjata terpenting swktu bermusafir ke mana-mana....itulah DOA....smpai sahaja ke cglun, sahabatku yg akan pulang ke kg td minta diri utk solat di surau berhampiran tempat menunggu bas...Alhamdulillah dlm prsaan gmbira utk menmui keluarga, dia msih blm mlupakan amanahnya pada Allah swt..hal yg sering dipndang remeh oleh segelintir masyarakat....aku kagum mmpunyai sahabat sbgitu...moga Allah melindungi perjalanannya dari sgla pkara bruk yg tdk diduga....ameen...apabila bas sampai, kmi yg lainnya mmbantu membwa beg pakaiannya utk diletakkan di tempat meletakkn beg...selesai bersalam-salaman,kmi memastikan sahabat kami itu duduk di tempat dduknya spt yg tdpat dlm tiket....setelah memastikan keadaanya sdh selesa, kmi mmnta dri utk pulang....dlm hatiku trus bdoa "Ya Allah smpai di sini sahaja mampu ku hantar & ku jaga sahabatku ini...setelah ini ku titipkan dia buatMU, lindungilah perjalanan sahabatku Ya Allah..moga dirinya selamat smpai menemui keluarganya..ku lebih yakin dgn PenjagaanMU krna Engkaulah Pencipta kami, & hya Engkau yg lbih mengetahui apa yg tdak kami ketahui....ameen Ya Robb.."


Setelah itu, kmi bergegas ke CMART iaitu sbuah psaraya yg agak besar di cglun utk mmbeli sdkit brg kprluan...apabila selesai memilih brg yg hendak dibeli, kami terus ke kaunter pembayaran...xde kaunter yg ksong, semuanya pnuh dgn pmbeli spt kami...apabila sampai giliran kmi utk mmbayar, tiba-tiba  ada seorg lelaki berkata padaku "dik,mintak maaf...boleh tak tolong bagi laluan utk kami byar dlu sebab bas kami dh mnunggu di luar" dari apa yg kuperhatikan dia sperti sseorg yg mmbwa pelancong dr Thailand utk mmbeli brg disitu...ntahla....aku pun dgn rela hati mmberi laluan kpadanya, namun ku ingatkn seorg sja rupanya sekali dia pnggil kwan2 dia yg lain...mak aii ramainya...sume dgn brg pnuh bakul...beratur disitu...aku tersenyum sndirian, Allah mengujiku dgn kesabaran saat ini...sahabatku mula merungut, yela penat2 beratur tiba2 Q kne ptong...hehe sabar jela...smbil tsenyum ku katakan pada mereka "xpela,kita mudahkn urusan mereka, nti Allah pmudahkan urusan kita pulak"....

Penat menunggu akhirnya sahabatku mencuitku utk ke kaunter sebelah...bila ku toleh, hanya ad sorg wanita je yg tggu giliran...hurm pe lagi, aku pn tarikla bakul ke situ...xsmpai 5 minit kmi pn slesai mmbuat pmbayaran...alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya...saat ku toleh ke arah kaunter sbelah di mana Q ku dipotong td, msih pnjang deretan wanita dr Thailand tsebut...aku tersenyum lg....moga Allah mmpermudahkn urusan mereka....smpatku hulurkan scbis doa....

Apabila memastikan tiada apa lagi yg nk dibeli, kami pn terus ke kereta utk pulang ke kampus...pergerakan perlu pantas kerana hari sudah agak lewat mlm....dh la kami semua pmpuan, risau gk...doa tdk pnah ptus dr hatiku mmhon pd Allah agar kami slmat smpai ke kampus dgn baik....akhirnya tepat pkul 10.00 malam kmi tiba ke kolej kediaman.....itupun setelah mnjelajah ke Bukit kachi dahulu utk mncuba nasib mncari ais kacang...namun Allah mengujiku lagi dgn kehampaan....xpe, ad hikmah disebaliknya.....sekali lagi aku tersenyum sendirian.....Wallahu'alam....

Mari membangun bersama Islam!!!!


by Sahara Hamid

KU DAMBA CINTAMU YA ALLAH.....

Assalamualaikum wbt...puji & syukur kulafazkan buat Penciptaku,Allah swt,selawat & salam buat idola hati tercinta Rasulullah saw,keluarganya serta para sahabat seperjuangan Baginda. Tidak kulupakan juga segugus doa ikhlas driku buat arwah bonda & ayahanda tersayang,kaum keluarga,guru2,sahabat2 serta seluruh saudara seagamaku (Islam)...Moga kita semua sentiasa berada dlm lingkungan rahmat & kasih sayangNYA..ameen.

"Ya Allah,dalam menikmati kurniaanMU tak terucap lafaz terima kasiku,namun utk jadi yg terbaik masih jua blum ku mampu,dalam sujud cintaku tenang ku diulit rindu,terasa cemas utk hidup tnpa redhaMU...."

Itulah antara bait2 lagu yg sntiasa menyerikan laman blogku,begitu tenang & penuh dgn penghayatan...mengusik jiwa hamba yg sering tergelincir dlm kejahilan....Ya, hamba Allah ini sering memungkiri janjinya, juga kdgkala melupakanMU namun hamba ini masih diberi peluang utk terus menikmati kurniaanMU...aku bersyukur Ya Allah, Engkau sering bersamaku dalam apa jua perkara. Namun layakkah aku menyatakan cintaku padaMU sedangkan kekhilafan sering menguasai diriku, membuatku sering berpaling daripadaMU??...Astaghfirullah...aku mohon keampunanMU Ya Allah, ampunilah hambaMU ini...tidak snggup rsanya dri ini bnafas menghirup udara kurniaanMU ini tanpa redha dariMU, tidak snggup utk kaki ini melangkah walau setapak sekalipun tnpa lindungan rahmatMU, & tdk upaya utk dri ini hidup di dunia tanpa cinta & kasih sayangMU duhai Penciptaku Yg Maha Agung.....

Ya Allah, dalam sujud ku sering berdoa moga diri ini sntiasa dberi kekuatan utk trus berjuang dlm agamaMU...biarlah hidup & matiku dlm agama Islam ini Ya Allah, jgnlah Engkau pesongkan hatiku dripada agamaMU yg suci ini...aku mohon padaMU Ya Allah, aku mohon...lindungilah aku daripada pengaruh musuh yg berniat menjatuhkan agamaMU,....tiupkanlah semangat jihad ke dalam jiwa & ragaku, agar ianya sntiasa mekar dlm hatiku untuk terus istiQamah melalui landsanMU...

Ya Allah aku merayu padamu dgn sepenuh hatiku, bantulah aku utk mensolehahkan diriku...lembutkanlah hatiku utk menrima stiap seruanMU agar seluruh perjalanan hidupku beroleh keberkatan yg bisa membuatkan aku lebih tenang dlm pengembaraan di dunia ini....

Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...KU DAMBA CINTAMU YA ALLAH.....




BY SAHARA HAMID

Wednesday, November 10, 2010

~.:Mujahidah Bidadari Syurga:.~

http://halaqah.net/



Bicara Hati Mujahidah Itu..

 Rahsia cintanya

Hanya Tuhan yang tahu

Kepada-Nya berdoa selalu

Hingga dikatakan jual mahal

Melukainya meresahkan kesal

Sedangkan api cinta marak bahangnya

Pada Allah tersimpan rahsianya

Di luaran dia tenang

Di hati iman ditentang

Antara dua cinta yang saling berebut

Cinta Allah selalu mengunggul

Hari demi hari masa berlalu

Kepada nafsu dipesan selalu



Dikatakan orang diam saja

Sedangkan dia masih remaja

Kata orang mengapa tak punya rasa

Sedangkan dia tetap ceria

Kata orang mengapa dia bahagia

Sedangkan dia tak punya cinta

Kata orang mengapa mantap hatinya

Tapi tiada rijal penguatnya



Rabiatul Adawiyah itulah idolanya

Sumayyah itulah obornya

Khawlah itulah kecemburuannya

‘Atikah itulah kekagumannya

Nusaybah itulah pahlawannya

Fatimah itulah teladannya

Aishah itulah buktinya

Khadijah itulah kebanggaannya



Ya! Ingin jadi Wanita Solehah!

Itu mimpinya di malam hari

Itu angannya di siang hari

Itu bicaranya sehari-hari

Menjadi isteri sentiasa berbakti

Kepada suami bakal berbudi

Pilihan Allah akan terbukti

Ia janji yang sudah pasti!





Ya, Gadis itu!

Tidak takut kehilangan cinta

Biar pelbagai ujian melanda

Lelaki itu perlukan masa

Buat keputusan terbaik

Pilihan terbaik

Calon ibu buat zuriatnya!

Penyeri dunia itulah temannya!

Di Syurga itulah bidadarinya!

Membuat lelaki segan dengannya

Menyedar mereka memainkan peranan

Bahawa wanita bukan mainan

Tetapi mutiara itulah nilaian

Ya, mujahidah itu..

menghitung diri

memuhasabah langkahnya

katanya dia, masih banyak kurangnya!



Mujahidah itu..

Hanya menggeleng..

Tatkala datangnya lelaki menggoda

Hanya bisu berdiam saja

Sentiasa mantap bicara imannya

Tunduk saja itu pandangannya..

Rijal kekasih Allah itulah harapannya!

Pejuang agama itulah pembimbingnya!

Redha ibubapa itulah pilihannya!



Bukan dia tidak punya hati

Tetapi hatinya sudah kelat

Tatkala ummat Muhammad disiat

Hatinya calar-balar

Tatkala jasad saudaranya dikelar

Hati itu ditumbuk lumat

Tatkala kemaluan adik seakidah disumbat-sumbat

Dirogol, dibunuh tanpa ihsan

Mana hati itu tak terkesan

Tak punya masa berkasih-kasihan

Sedangkan runtuhnya moral sudah berzaman

Menjulang Islam bukannya berangan



Mujahidah itu..

Membara semangatnya mantap ukhuwahnya

Bersinar wajahnya terang hatinya..

Pada insan mantap bicaranya

Kepada Allah mengadu hinanya

Di sisi malaikat didoakan bahagia

Tidak dia rasa kekurangan

Sedangkan cukup adanya Tuhan

Tidak dia sepi sendirian

Sedangkan sentiasa bertemankan Tuhan



Bagaikan permata di celahan kaca

Kerdipnya sukar dibezakan

Dialah wanita harapan Tuhan

Kebanggaan umat zaman berzaman



Menjadi gadis sudah fitrahnya

Menjadi pilihan bukan pintanya

Sebagai penyeri itulah hakikatnya

Menjadi khalifah itulah tugasnya



Membuat silap bukan sekali

Namun mengalah tidak sekali

Menjadi seorang mukminat sejati

Itulah usahanya tiap hari



Mujahidahku..

Tetaplah dirimu teguh di medan



Menjadi bidadari sudah impian

Tetap menjejak penuh harapan

Cinta Allah dalam keredhaan

Moga beroleh Syurga idaman


Aamiin.






PUISI UNTUK WANITA SOLEHAH


« on: 29 May, 2007, 08:16:55 PM »
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah
--------------
http://teratakimpian.blogdrive.com/


Tuesday, November 9, 2010

BERSANGKA BAIKLAH DENGAN ALLAH SWT....pasti ada hikmahnya...

Assalamualaikum wbt...Seluruh puji-pujian ku panjatkan ke hadrat Allah swt ats sgla nikmat yg dianugerahkan, selawat & salam ku hulurkan buat junjungan besar Nabi Muhammad saw (idola hati tercinta),ahli keluarganya serta sahabat2 seperjuangan Baginda. Tidak lupa juga hantaran doa tulus ikhlas driku buat arwah bonda & ayahanda tersayang, kaum keluarga, guru2, sahabat2 serta seluruh umat Islam yg ku sayangi...Moga kta semua beroleh rahmat jua keberkatan dariNYA...ameen Ya Robb...

Sejak petang tadi hujan rahmat mula turun membasahi bumi sintok dan sehingga saat ini (jam 10.44 pm) masih belum ada tanda2 utk bhenti....Wallahu'alam....ada hikmah disebaliknya....Kpd mereka yg beragama Islam khususnya, jgnlah di anggap ini sbg bencana krna perkataan "bencana" itu lbih mrujuk kpda sesua2 yg negatif....Allah tdk prnah mmberikan musibah kpd hambaNYA namun ia lbih kpda pengajaran utk melahirkan hamba yg tahu mengenal erti syukur...bukankah Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.....???
Bersangka baiklah dgn Allah nescaya hatimu beroleh ketenangan....insyaAllah....

Teringat peristiwa petang tadi....sy & seorg sahabt keluar ke Changlun (nek skuter...) utk mnukar tarikh tiket pulang ke kampung disebabkan tarikh exam terpaksa ditunda atas sbb2 yg tdk dpt di elakkan..Walaupun hujan kami redah je....sewaktu pjalanan ke sna hati ini tdk ptus2 bdoa mga Allah mmprmudahkan sgla urusan....ini kerana ada sahabat2 yg bcerita bhwa sstgah kaunter tiket tdk mmbenarkan pelanggan menukar tarikh yg dh ditetapkan...rugi katanya...klu lh kaunter bas tmpat sy bli tiket ni pn cm2, habislah....bukan murah harga tiket ni, RM61.00 tu.....namun belum cuba blum tahu...jk ia blaku sy redha, mngkin itu ujian Allah utk mnguji kesabaran....sy yakin ad hikmah disebaliknya...

Bila sampai ke kaunter tsebut, ternyata andaian sy meleset sama sekali....Alhamdulillah Allah mengabulkan doa sy, dgn mudah sy dpt berurusan utk menunda tarikh tersebut, hanya dicaj RM5 sahaja....kerani perempuan di kaunter itu pula sntiasa mnghadiahkan senyuman manis buat kami, hati ini bbunga ceria...itulah hikmah menyedekahkan senyuman pd seseorg,ia adalah salah 1 terapi penenang jiwa..(namun harus diingat ianya bukanlah dgn tjuan utk mnggoda!!!)...jd tmbahkan manis dlm senyuman,mga Allah jua kn "tersenyum" tatkala anda kembali menghadapNYA suatu hari nt...insyaAllah....

Selesai saja urusan di Chglun kmi bergegas pulang ke kampus walaupun hujan masih blum bhenti....tba2 hati teringin utk meneguk ais kacang @ dlm bhasaku ABC....sbnanye dh 2 ari lepas sy pesan pada seorg sahabat ni tp ad sbb ttentu ianya x kesampaian...(sedihnyeee)...

So bila sy suarakan keinginan ini pd sahabat sy dia stju utk bhenti di cafe DPP yg ad mnjual ABC tsbut....Namun bila dh tersurat ianya bukan rezeki sy utk hari ini, wlupun hampir seluruh DPP kami jelajahi dlm kbsahan air hujan utk mncari ABC, hanya kehampaan yg kmi dpt.....semua kdai yg mnjual ABC sudah ditutup......(ku trsenyum seorg dri, mgkin ad hikmah dsbliknya yg ingin Allah berikan padaku)....stkat yg ku sedari antara hikmahnya yg kudapat ialah yg 1)Sikap berusaha...2)x mdah bputus asa...3)kesabaran...4)konsep Redha...hikmah yg lain hya Allah yg Maha Mengetahui....mngkin jga dr segi mnjaga kesihatanku...yela hujan2 cmni nk mnum mnuman berais lg...lg 1 sy dpt mengelak ptmbahan gula dlm badan....asyik mnum mnuman manis je sjak 2 mnjak ni.....Alhamdulillah syukur pada Allah....bukankah Allah itu Maha Pengasih lg Maha Penyayang???  

Kadang-kala kita tersilap dlm mmbuat tafsiran...ramai yg msih beranggapan jika Allah syg kenapa Allah uji kita dgn plbagai masalah? kenapa Allah x bagi apa yg kita nak.....kenapa itu,kenapa ini..kenapa...kenapa..& kenapa.....Sebenarnya nikmat & hikmah Allah bukan hanya hadir dlm btk kesenangan semata2 namun juga dalam btk ujian...jika diberi ujian & kita berusaha mengharungi ujian tersebut dgn redha,kn kita dh dpt 2 nikmat di situ???  pertama nikmat Sabar, kedua nikmat atas sikap Redha pada ujian Allah...bukankah itu juga nikmat Allah???  (Ingat harta dunia je ke yg di gelar nikmat???) Ada masanya apa yg kita mohon kita dapat, namun ada masanya tidak,..sebaliknya apa yg kita x mahu itulah yg kita dapat....Ketahuilah kadang kala Allah tidak mmberi apa yg kita nak tp DIA beri apa yg kita perlu,,,,,Allah itu lbih Mengetahui ttg apa yg tdk kta ktahui....Bukankah Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang???  

Justeru,buka mata buka hati....bersangka baiklah dengan Allah swt.....

~Moga beroleh manfaat ^_^~

Mari membangun bersama Islam!!!!


BY SAHARA HAMID



Monday, November 8, 2010

Tutuplah Tubuhmu, Ada Yg Melihat!!!!

Wahai Saudara Muslimatku,
Tutuplah TUBUHMU…
Ada yang melihat!!!



Tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?"
Allah SWT berfirman :

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." QS Al-Ahzab: 59.







Ayuh Muslimat, jadikanmenutup AURAT sebagai jihad menuju redha Allah SWT!!!


BY SAHARA HAMID

Doaku untuk mu..

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

 
Ya Allah...
Panjangkanlah umur sahabatku..Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman..Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat..

Ya Muhaimin...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ..
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu..
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu..

Ya Allah...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalan-Mu..jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu..

Ya Allah ...
Kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak..Insya-Allah.
AMeeN..



Islam Pada Masa Akan Datang..(sumber artikel by www.iLuvislam.com)

Assalamualaikum WBT....segala puji bg Allah swt di atas sgla nikmat yg dianugerahkan, selawat & salam ku utuskan buat idola hati tercinta Rasulullah saw,keluarganya serta sahabat seperjuangan Baginda.Juga tidak dilupakan sejambak doa luhur ikhlas driku buat arwah bonda & ayahanda tercinta, kaum keluarga,guru2,sahabat2 dan seluruh umat Islam yg lain. Moga kita semua berada di bwh naungan rahmat & kasih sayang Allah swt hendaknya...ameen.

Medan kali ini ingin ku buka dgn membawakan 1 artikel berkenaan Islam pada masa akan datang.Zaman sebegini memang amat2 dinantikan namun selagi kejahilan membelenggu selagi itulah  impian hanya kekal sbg impian...Mampukah kita mewujudkan negara yg sebegini indah?? dimana seluruh kehidupannya berpaksikan redha Allah semata2??  Jika dilihat perbandingannya dgn zaman skrg ianya ibarat jauh panggang drpd api...namun ia tdk mustahil bukan??? Marilah kta sma2 bdoa moga Allah swt mmpermudahkan kta utk merealisasikan impian ini...InsyaAllah...selamat menerokai artikel ini, moga beroleh manfaat....(marilah membangun bersama Islam!!!!)


************************************


Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? Begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan. 


"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman." Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini. 

"Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya. Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. 

Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini. Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train

"Ah, di mana aku sekarang ini?" gerutu hati Datuk Dr.Johar. "Hoi budak, Aku di mana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru. 

"Assalamualaikum....Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman. Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali." Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. 

Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ? " Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya angkuh. "Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang. 

"Oh, oh .... Maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu?Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula. Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula -Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman. 

"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. " 

"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti Darul Taqwa." 

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Dimana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit di tengah bandar Kuala Lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.




"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah,namanya. Saya Haji Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini." 

"Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni?" Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr.Johar. 

"Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat." 

Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa. "Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya dihukum di Akhirat!" rayu lelaki itu. Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Dia lari sekuat-kuat hati. Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas....Lega...

Dahaga dan lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan. Dia perlu minum.Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan : "Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al-Abrar, hartawan besar berada di Jalan Uwais Al Qarni merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!" 

Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah. Matanya tak betah lagi melihat semua itu. Tapi kerana lapar ia masuk juga. 

"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki." 

"Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan." Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. 

"Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!" Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah. Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad, pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs. Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan," terangnya. Mukanya jernih. Serban dan jubahnya serba putih. 

"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..." 

"Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Subhanallah...." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkan kepalanya. Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. 

"Nasi beriani sepinggan!" ujarnya kepada pelayan. "Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan. "Ya ! Apa peliknya?" 

"Baik,tuan. Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu. 

Dia tambah geram. Direnung ke hadapan, iaitu keempat orang yang sedang menikmati makanan. Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas. 

"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan. Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang. 

" Ya Allah,apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, "ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja. 

"Anta tak cuba tampung dengan amal makruf yang lain ?" tanya sahabatnya di sebelah. Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. 

"Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit ....Malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana" Keluhnya.

"Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita. Tolonglah terima sedekah kita. Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita, keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi. 

"Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya.... Saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan-lahan. Datuk Dr.Johar makin pelik. 

"Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran. "Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan....Berhentilah sebelum kenyang. Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ....," kata pelayan itu lagi. "Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. Marah campur geram. 

"Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital!" 

"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan. "Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya....." 

"Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang ...Di mana boleh saya boleh dapatkan hiburan?" tanyanya. "Di sana,tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma. 

Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? 

Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan. Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN, IZRAEL DATANG TIBA-TIBA.

Seram sejuk tubuhnya. 

"Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. Aku belum nak mati lagi," protes hati Datuk Dr.Johar. Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: 'RAJA'. Kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI.. 

Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. "Apa nak jadi ni?Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya. 

"Nanti ya pakcik. Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni. Top-hit anak-anak muda sekarang..." 
"Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu.

"Eh ...Ni suara orang mengaji." 
"Nanti dulu pakcik, selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia. Kemudian getaran suara bergema.... 

Cintaku berlabuh di persada rahmat
Mendamba kasih yang tidak berhujung
Mengutip sayang di hamparan cinta suci
Inilah getaran hatiku memburu cinta.......
Stanza hati merindu Ilahi!

Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran. 

"Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah ..." Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata, "saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya. 

"Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini tidak boleh kami terima, kami halalkan sajalah." 
"Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri." 
" Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka." 
"Ah, aku tak nak dengar semuanya. makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. 

Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi. Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIRTRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah. Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? 

Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus. "Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !" kata pembantunya.

Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu. 

"Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? "tanya Datuk Dr.Johar.

"Maaf Datuk. Begitulah keutusannya" jawab pembntu itu.

Datuk Dr. Johar seakan tidak percaya. Digosok-gosok lagi matanya. 

************************************************************
Admin : ~ Ya Allah, bantulah kmi umat Islam pada hari ini utk tetap berjuang demi agamaMU,lembutkanlah hati2 kmi utk mnerima cahaya petunjukmu,sucikanlah hati & jiwa kami dr kegelapan & keraguan,tingkatkanlah ketaqwaan dlm diri kami Ya Allah,permudahkanlah urusan kami dlm mengerjakan kebaikan dan hidup serta matikanlah kami dlam agama Islam yg mulia ini....kmi mhon Ya Allah,kmi mhon dgn spenuh hati....perkenankanlah doa2 kmi...sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.....Ameen Ya Robb....