Thursday, December 16, 2010

Penawar rinduKu....

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt....Sgla puji & syukur ku pnjatkan kepada Yang Maha Esa, selawat & salam ku utuskan buat junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli keluarganya serta para sahabat & tabi'in sekalian...tidak dilupakan juga salam kasih & cinta buat arwah ayahanda jua bonda yg amat2 diri ini rindui...moga kalian berdua sntiasa dicucuri rahmat Allah & tenang di "alam sana"....ameen.

Alhamdulillah hari ini hatiku terbuka untuk melakarkan sedikit sebanyak peristiwa manis sepanjang berlangsungnya cuti semester ini....(semester 5)...cuti kali ini agak bbeza krna aku tidak terus pulang ke kampung sebaliknya aku mengambil keputusan untuk ke rumah salah seorang kakakku yang berada di kuantan..kebetulan adik kesayanganku menyambung  studynya di sini....boleh jumpa dia sekali...rinduku padanya sering bertandang, yelah dia jela satu2nya adikku yang ada....lagipun suara anak2 buahku sewaktu bercakap di telefon semakin menggamit hati ini untuk menghabiskan masa bersama mereka barang bbrapa hari....

So disini ingin ku kongsikan sedikit sebanyak kerenah & keletah penawar hatiku ini buat tatapan warga pembaca semua....

         
kakak,abg ngah & ecah                                              Damia Qistina  (Mia)                               




        

   

      




Ni plak pic adik kesayanganku....(yang agak prasan macho...hehehe)



Adik & his fren


Ok sampai disini dulu muatan diari blog ku.......nanti ad msa update lain k.....most thank you pd yg sudi follow..^_^..

Wassalam.....

Wednesday, December 15, 2010

Madah Untuk Wanita Solehah

Bismillahirrahmanirrahim.....
p/s~~> maaf pada semua follower blog ini...buat masa ni saya xbkesempatan utk mencurahkan idea di sini atas sbb2 ttentu...namun bgitu hanya madah ini yg sempat sy copy & paste kn buat renungan kita bersama...moga beroleh manfaat & kpda penulis asal madah ni doa sy moga Allah swt merahmati hidup anda dunia & akhirat...ameen.

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya ,
Kemanisan wanita solehah ,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu ,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah ,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran ,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu ,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada .
Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama.
Salam perjuangan untuk sahabatku ,
Wanita solehah.
“Wanita hiasan dunia ,Seindah hiasan adalah wanita solehah”