Thursday, September 8, 2011

Milik siapa hati ini???

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Alhamdulillah hari ini genaplah 10 hari berlalu kita umat Islam meninggalkan bulan yang penuh keberkatan,bulan yang teramat mulia di antara bulan2 yang lain iaitu bulan Ramadhan.Syukur kupanjatkan kehadrat Allah SWT kerana masih lagi membuka peluang untuk diri ini mengecapi nikmat berpuasa di bulan yang penuh barakah ini.Sayu dihati tatkala dipenghujung ramadhan,terfikir sendiri adakah ramadhan yang akan datang mampu kulayari dan kutempuhi dengan tabah hati.Semoga nikmat Iman dan Islam tetap teguh bertakhta dijiwaku,menyuburkan hati dan jiwa ini untuk terus sujud mengagungi kebesaranNYA,memantapkan lagi rohani dan jasmani untuk terus mencintaiNYA.Kuharap cintaku padaNYA kekal subur dan berkembang mekar,tidak terpadam dan terpudar dek hakisan nafsu dunia yang semakin bermaharajalela.
         Apabila berbicara tentang hati,kadang-kala ku terfikir milik siapa hati ini ? 
Apabila kurenung.kuselidiki secara terperinci barulah kusedar bahawa hatiku ini adalah milikNYA yang mutlak.Kerana apa??? Kerana seringkali ku dengar rungutan insan yang bergelar manusia,apabila diri ditimpa masalah dan tekanan kian kemuncak pasti mereka akan mencari tempat yang bisa menenangkan..ada yang bercuti ke pulau peranginan sambil menikmati keindahan laut dan pantai,ada yang bercuti dikawasan tanah tinggi sambil menghirup udara segar yang menyamankan,juga tidak kurang yang hanya memandang langit,menikmati keajaiban bulan dan bintang yang bisa menerangi alam ini pada malam hari...Subhanallah...siapakah pemilik semua itu??? semuanya adalah milik Pencipta Agung,Tuhan Yang maha Esa iaitu Allah SWT.Hati kita juga adalah milikNYA dan sebab itulah hati juga akan mencari ketenangan dengan memandang semua ciptaanNYA..hati juga akan tenang jika selalu bertasbih memujiNYA,ia juga akan tenang jika sering mengingatiNYA..justeru walau seberat mana masalah dan tekanan yang dihadapi,ingatlah bahawa hati ini adalah milik Allah dan mengadulah kepadaNYA,....merintihlah,....menagislah sepuas-puasnya ketika "berbicara" dengan Pencipta & Penjaga Hati ini kerana HANYA DIA yang bisa mempermudahkan dan menunjukkan jalan penyelesaian kepada hamba-hambaNYA yang dikehendaki..Allahuakbar!!!
            Sama-samalah kita menjaga hati yang dikurniakan ini dengan sesempurna yang mungkin disamping terus menghidupkannya dengan irama zikrullah agar hati ini mampu memandu seluruh anggota yang lainnya ke arah mencapai husnul khatimah iaitu kesudahan yang baik.Dan kesudahan yang baik itu tidak lain dan tidak bukan adalah ganjaran besar dari Allah SWT khusus bagi hamba-hambaNYA yang bertaqwa.Semoga kita saling memperingati antara satu sama lain secara berterusan tanpa ada rasa jemu kerana sekelip mata kita terleka,syaitan dan iblis akan segera memainkan peranannya.
     "Ya Allah,terangilah hati kami sebagaimana engkau menerangi alam ini,suburkanlah hati kami dengan alunan munajatMU,lindungilah hati kami dari sebarang bisikan dan godaan,kami berlindung kepadaMU daripada syaitan yang direjam,wahai Tuhan Penjaga Hati."
          
             

Thursday, July 7, 2011

"Aku,Suamiku & Sambal Belacan..."

Bismillahirrahmanirrahim......

6 Jun 2011_Masih ku ingat peristiwa lucu ni...hehe kadang-kadang tersenyum sorang diri bila ingat balik..apa tak nya, kerana sambal belacan punya pasal air mata aku ni mengalir...mudah sangat sensitifnya...wat malu je...mesti semua tertanya-tanya kenapa kan????
camni cite nye....
selang beberapa hari lepas hari perkahwinan kami (3 jun), my hubby terpaksa pulang ke KL atas urusan keje...nak tunggu majlis sebelah pihak lelaki lambat lagi (12 jun)...so 6hb malam terpaksalah beliau balik jap....malam tu masa ngah makan malam, aku terpandang sambal belacan, keinginan untuk merasa barang sesudu membuak2....memang menguji btl la...suamiku yg memang teramat arif dengan penyakit alergik aku ni menegur dan melarang anak saudaraku menghulurkan sambal belacan tu pada aku...disebabkan tersinggung dan ditambah lagi keinginanku disekat, secara x sengaja aku menangis...(bleh plak x sengaja kan)..hehe...suami dan anak saudaraku mula panik...dengan segera suamiku menghulurkan sambal belacan itu padaku siap tolong letakkan dalam pinggan lagi...tapi dah terlambat,seleraku terus mati...puas suamiku memujuk namun tidak berhasil...dalam hati rasa bersalah plak coz membuatkan suamiku dilanda rasa serba tak kena melihat sikap aneh aku...lepas membasuh pinggan mangkuk,aku segera mendapatkan suamiku...."soryy..."ucapku seraya mencium tangan suamiku...
"xpela,pa pun mintak maaf gak. Mana tau isteri pa ni mudah sensitif sangat orangnya. Bukan pa saja nak larang tapi pa kesian tengok sayang gatal-gatal kalau makan sambal belacan tu nanti, abeh bengkak-bengkak muka tu..."tutur suamiku lembut.
hurmmm kelakar kan, sambal belacan punya pasal tercipta la tragedi air mata malam tu...hehe...aku bukan pe,aku ni spesies yang memang klu teringin nak makan something tp xdapat mula la rase terkilan yang teramat sangat...klu pasal lain xpe,tp bab makan memang kempunan habess....tapi xpe,atleast tu baru sikit daripada sikap aku yang baru suamiku tahu....mudah-mudahan Allah memberi kami kesabaran dalam melayani pelbagai ragam yang lagi bermacam-macam bila tinggal sebumbung...bak kata pepatah "sedangkan lidah lagi tergigit,apatah lagi suami isteri" semuanya menjadi asam garam dalam kehidupan berumahtangga....moga jodoh kami berkekalan hingga akhir hayat,~AKU SAYANG KAMU, SUAMIKU...!!!~

Sunday, February 20, 2011

"warkah" rindu buat bonda tercinta...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Ya Allah,sejahterakanlah ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW,ahli keluarganya serta para sahabat yg sntiasa bersama Baginda dalam berjuang mempertahankan agamaMU...segugus salam kasih, rindu buat arwah bonda & ayahanda yg amat2 diri ini sayangi...apa khabar mereka disana agaknya?....ku doakan moga bonda & ayahanda berada dlm lingkungan rahmat & kasih sygNYA....

aduhai bondaku cinta hatiku,
hari ini genaplah 6 tahun 1 bulan & 13 hari bonda pergi meninggalkan anakanda sendirian di dunia ini, terlalu banyak peristiwa & cabaran pahit manis yg anakanda hadapi tanpa seorang bonda di sisi...segalanya anakanda mampu hadapi dengan izin Pencipta Yang Maha Esa...terkadang anakanda jatuh tersungkur, ada juga waktu anakanda berdiri megah....berkat doa dan impian bonda tersayang,berbekalkan sedikit ketabahan yg diwarisi drpd bonda, anakanda kini mampu merealisasikan impian bonda utk melihat anakanda berjaya menjangkau puncak menara gading....Alhamdulillah....

aduhai bonda penenang jiwaku,
walaupun di dunia ini anakanda dikelilingi oleh ramai manusia, namun hati ini masih kesunyian tanpa bicara dari bonda,
walaupun di dunia ini ramai penasihat bertauliah namun mereka x mampu menandingi nasihat yg terucap dari bibir bonda,
walaupun di dunia ini ramai yang memeluk anakanda namun ianya x sehangat & setenang pelukan dari bonda,
walaupun di dunia ini ramai chef yg terhandal, namun mereka x mampu menandingi kehandalan masakan air tangan dari bonda,
dan walaupun di dunia ini ramai yang mengasihi anakanda namun ianya x sehebat kasih suci dri bonda..
sungguh, bonda memang tiada tandingannya daripada sesiapa pun...
sungguh, diri ini amat merinduimu bonda...seringkali jiwa anakanda merintih,menangis apabila mengenangkan dirimu...kita terpisah dek alam yang berbeza namun kasih anakanda tidak ada penghujungnya terhadap bonda...tiada siapa dapat menggantikan diri bonda dalam hati ini....bondalah yang paling istimewa...

duhai bonda permata hatiku,
amanlah bonda di 'sana', di alam yang kekal & paling istimewa pada mereka yang beriman & beramal soleh...
anakanda sentiasa mendoakan kesejahteraan bonda di sana, rindunya diri ini tidak tertanggung dek jiwa...moga suatu 'hari' nanti Allah mempertemukan kita semula...anakanda teringin memeluk bonda...anakanda rindu,benar2 rindu....ampunkan segala kesalahan anakanda selama anakanda berada di bawah amanah bonda, jasa & pengorbanan bonda takkan anakanda lupa hingga akhir hayat....

salam kasih, rindu dan cinta buat bonda ratu hatiku....

~dr anakanda yg amat merinduimu~



                                                                 gambar hiasan