Thursday, September 8, 2011

Milik siapa hati ini???

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Alhamdulillah hari ini genaplah 10 hari berlalu kita umat Islam meninggalkan bulan yang penuh keberkatan,bulan yang teramat mulia di antara bulan2 yang lain iaitu bulan Ramadhan.Syukur kupanjatkan kehadrat Allah SWT kerana masih lagi membuka peluang untuk diri ini mengecapi nikmat berpuasa di bulan yang penuh barakah ini.Sayu dihati tatkala dipenghujung ramadhan,terfikir sendiri adakah ramadhan yang akan datang mampu kulayari dan kutempuhi dengan tabah hati.Semoga nikmat Iman dan Islam tetap teguh bertakhta dijiwaku,menyuburkan hati dan jiwa ini untuk terus sujud mengagungi kebesaranNYA,memantapkan lagi rohani dan jasmani untuk terus mencintaiNYA.Kuharap cintaku padaNYA kekal subur dan berkembang mekar,tidak terpadam dan terpudar dek hakisan nafsu dunia yang semakin bermaharajalela.
         Apabila berbicara tentang hati,kadang-kala ku terfikir milik siapa hati ini ? 
Apabila kurenung.kuselidiki secara terperinci barulah kusedar bahawa hatiku ini adalah milikNYA yang mutlak.Kerana apa??? Kerana seringkali ku dengar rungutan insan yang bergelar manusia,apabila diri ditimpa masalah dan tekanan kian kemuncak pasti mereka akan mencari tempat yang bisa menenangkan..ada yang bercuti ke pulau peranginan sambil menikmati keindahan laut dan pantai,ada yang bercuti dikawasan tanah tinggi sambil menghirup udara segar yang menyamankan,juga tidak kurang yang hanya memandang langit,menikmati keajaiban bulan dan bintang yang bisa menerangi alam ini pada malam hari...Subhanallah...siapakah pemilik semua itu??? semuanya adalah milik Pencipta Agung,Tuhan Yang maha Esa iaitu Allah SWT.Hati kita juga adalah milikNYA dan sebab itulah hati juga akan mencari ketenangan dengan memandang semua ciptaanNYA..hati juga akan tenang jika selalu bertasbih memujiNYA,ia juga akan tenang jika sering mengingatiNYA..justeru walau seberat mana masalah dan tekanan yang dihadapi,ingatlah bahawa hati ini adalah milik Allah dan mengadulah kepadaNYA,....merintihlah,....menagislah sepuas-puasnya ketika "berbicara" dengan Pencipta & Penjaga Hati ini kerana HANYA DIA yang bisa mempermudahkan dan menunjukkan jalan penyelesaian kepada hamba-hambaNYA yang dikehendaki..Allahuakbar!!!
            Sama-samalah kita menjaga hati yang dikurniakan ini dengan sesempurna yang mungkin disamping terus menghidupkannya dengan irama zikrullah agar hati ini mampu memandu seluruh anggota yang lainnya ke arah mencapai husnul khatimah iaitu kesudahan yang baik.Dan kesudahan yang baik itu tidak lain dan tidak bukan adalah ganjaran besar dari Allah SWT khusus bagi hamba-hambaNYA yang bertaqwa.Semoga kita saling memperingati antara satu sama lain secara berterusan tanpa ada rasa jemu kerana sekelip mata kita terleka,syaitan dan iblis akan segera memainkan peranannya.
     "Ya Allah,terangilah hati kami sebagaimana engkau menerangi alam ini,suburkanlah hati kami dengan alunan munajatMU,lindungilah hati kami dari sebarang bisikan dan godaan,kami berlindung kepadaMU daripada syaitan yang direjam,wahai Tuhan Penjaga Hati."