Assalamualaikum wbt....Segala puji bg Allah swt ats sgla nikmat yg dianugerahkan, selawat & salam ku hulurkan buat pemilik cintaku yg kedua setelah Allah iaitu Rasulullah saw,keluarganya serta para sahabat seperjuangan Baginda. Msti tdk dlupakan jga buat arwah bonda & ayahanda tercinta,kaum keluarga,guru2,sahabat2 dan sluruh umat Islam yg lainnya dgn sejambak doa ikhlas driku moga semuanya dinaungi rahmat oleh Allah Yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang. ameen...
Alhamdulillah tika jari-jemari menari laju di atas keyboard Acer kesayanganku ini, Allah masih mmberi pluang utkku bernafas & merasai nikmat udara yg dikurniakan olehNYA scra percuma ini..terima kasih Ya Allah...
Saat ku coretkan luahan hati ini, seorg dmi seorg sahabatku meninggalkan kampus utk pulang menghabiskan stdy week di kg msing2.. bgtu sepi ku rasakn krna kebiasaannya di blog ini xkan sunyi dr suara2 sahabat yg smemangnya begitu "peramah"...^_^. wktu keseorgn begini bru ku sedar btpa pentingnya kalian semua dlm hidupku...sahabat2 umpama pelangi yg menyinari hdup, mengisi kekosongan yg bertapak dlm hatiku...(isk2 rndunyaaaa....).....
Aku amat menyayangi sahabat2ku, xsmpai hati mlihat ada sahabatku yg berduka...jika boleh aku mahu semua sahabatku ceria sentiasa.....walaupun kdg2 ada perlakuanku yg menyinggung prasaan mereka (mungkin), namun bukanlah itu niat sbnarku...tdk prnah terlintas dlm hatiku utk mengguris hti kalian semua...malahan selagi terdaya olehku, ingin sja aku pnuhi sgla impian kalian...senyuman kalian penawar hatiku dikala gundah, kebahagiaan kalian adlh kgmbiraan bgiku....wlupun dri ini bukanlah seorg sahabat sempurna yg di cari, namun aku berusaha sebaik mngkin utk mnjadi sahabat kalian yg plg smpurna...telingaku bsdia mndengar luahan hati kalian,bbirku bsdia mmbri nshat & pndangan jk diperlukan, & tnaga yg ku ada selagi termampu ku cuba gunakan utk berjuang bersama2....mengharungi segala suka & duka......
Jujur ku katakan ada kalanya hati ini terguris, nmun tdk pnah ku simpan hngga mnjadi dendam...tdk sskali...aku tdk mahu persaudaraan ini goyah dek mainan emosi krna aku amat menyayangi kalian semua...ya, aku amat2 menyayangi kalian semua,sahabat2ku......perjuanganku sepi di sini tnpa kwujudan kalian sbg rkan sperjuangan....
Di sini ku nukilkan sesuatu yg "istimewa" buat kalian....renungkanlah :~
Sahabat,
tatkala kesunyian melanda hatiku
ku coretkan nukilan ini buat tatapan kalian
meluahkan rindu yg sedang membelenggu
menggamit hatiku mengenang memori semalam
Sahabat,
saat itu aku terjatuh
tanganmu segera menggapai memberikan sokongan
tenaga dan nasihat turut kau sumbangkan
supaya ku bangkit terus berjuang
Sahabat,
masih ku ingat di waktu itu
fikiranmu berserabut jiwamu kacau
ku hulurkan tangan bntuan ku berikan
kau balas dgn senyuman keikhlasan
lalu ku simpan senyuman itu
krna ianya bgtu brharga buat diriku.....
Sahabat,
ketahuilah, kegembiraanmu menyenangkan hatiku
kedukaanmu membawa mendung dlm jiwaku
ku berjanji padamu selagi ku mampu
akan ku pastikan senyuman indah itu
tak kan hilang dr bibirmu......
Diri ini amat menyayangi kalian semua....hanya Allah yg tahu....
p/s : nukilan ini dituju khas buat sahabat2 tersayang...(Nisa,Aenor,Syukur,Zita,Yani,Kak Silah, Fizah, Naa,Daa,Yan,Tini,Aida,Along,Para,G'ah,Fairus,Che Wan).....& semua sahabat yg slalu menyokong diri ini....
Syukran.....
Monday, November 8, 2010
Friday, November 5, 2010
Buka minda, mari mengkaji....
Assalamualaikum wbt....Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt atas sgla nikmat yg dianugerhkan, selawat & salam ku khususkan buat idola tercinta Rasulullah saw, kaum keluarganya serta sahabat seperjuangan Baginda. Tidak lupa juga sejambak haruman doa ku titipkan ikhlas buat arwah bonda & ayahanda tercinta, ahli keluarga, guru2ku, sahabat2ku, dan seluruh umat Islam yg lainnya. Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada kta semua. insyaAllah, ameen...
Pernahkah kta mndengar ttg isu Teori Evolusi Darwin??? bagi sesiapa yg pnah mngmbil sbjek bkaitan sejarah isu ini psti dh familiar pada pndengaran kta kn??...Memang byk perbincangan yg di kupas & diperdebatkan tatkala membincangkan isu ini...ia juga menarik minat sy utk turut sama menerokainya, so tenangkn hati, buka minda, setkan positif thinking (hanya utk perbincangan Ilmiah), jom ikut sy mengkaji artikel ni.......moga beroleh manfaat...........(artikel ini sy ambil dr website I Luv Islam.Com)
On 14/08/2007, in Akademik, Cabaran Islam, by Abu Saif | 45,760 views | Print | Email | ..Dialognya berbunyi begini...:-
..
“Tapi saya rasa lecturer saya dapat yakinkan saya bahawa Teori Evolusi itu ada benarnya. Rasa resah betul masa dalam kelas”, kata Nazri, salah seorang pelajar yang mengikuti kursus bersama saya.
“Soalnya sekarang, apakah Teori Evolusi itu memang bertentangan dengan Islam? Apakah pendirian Islam terhadap Teori Darwin? 100% bertentangan atau bagaimana?”, saya bertanya kembali kepada beliau.
”Hmm, bab ni susah nak jawab”, katanya.
”Ustaz rasa, cabaran sekarang ialah, kita tidak boleh pukul rata. Kita kena bezakan di antara Charles Darwin, Darwinism, Neo-Darwinism, Social-Darwinism dan Teori Evolusi itu sendiri”, saya sekadar memberi cadangan.
Nazri mengangguk.
”Memang banyak bezanya. Tapi bila diterjemah kepada bahasa Melayu, semuanya dibakulkan jadi ’Teori Darwin’. Itu sahaja”, sambungnya.
”Itu masalahnya. Pada pandangan ustaz, sikap pukul rata penceramah-penceramah mencela Teori Darwin, akan mendatangkan masalah, khususnya kepada orang macam anta, yang ambil Biologi untuk peperiksaan A-Level. Ramai yang sangka Teori Darwin dan evolusinya…. 100% bertentangan dengan Islam”, saya meneruskan cerita.
”Hujah mereka mudah. Kalau percaya tentang Teori Darwin, maknanya kita percaya yang atuk nenek kita dulu ialah beruk! Itu sahaja”, Nazri menyokong.
Kami sama-sama termenung. Ia bukan isu yang mudah.
TEORI EVOLUSI ITU LUAS
Kefahaman kita tentang teori evolusi bukanlah terhad kepada mahu menjawab soalan siapa / apa bapa kita. Ia juga bukan sekadar untuk mencela penjajahan Barat yang disandarkan kepada kepercayaan struggle of the fittest golongan Social Darwinist.
Kebetulan di dalam kelas Muslim Historiography saya bersama Assoc. Prof. Dr. Ahmed Elyas Hussein, kami telah berbincang tentang persoalan yang lebih mendasar terhadap perlunya kepada pendirian yang betul terhadap Teori Evolusi ini, iaitu persoalan ”Permulaan Sejarah”.
Ia membabitkan pengujian kita terhadap teori evolusi biologi dalam menjawab persoalan penciptaan Adam dan kehidupan di bumi sebelum Adam.
Hal ini penting, untuk mengungkaikan keresahan kita apabila kemajuan kajian DNA, telah membantu saintis untuk menghitung kadar mutasi struktur hidupan. Kebolehan ini mengukuhkan lagi usia fosil yang ditemui dan ini mencabar kesimpulan simplistik kita terhadap ”Persoalan Sejarah” yang saya maksudkan tadi.
Setakat ini, saintis telah mengesan kira-kira 15 spesis awal manusia. Tetapi sulit untuk dikategori dan ditentukan bagaimanakah hubungan di antara spesis ini dan bagaimanakah setiap satu spesis itu berakhir. Spesis seawal Australopithecine yang dianggarkan berusia 5 ke 2 juta tahun dahulu, membawa kepada spesis Neanderthal yang dianggarkan berusia 200,000 ke 24,000 tahun yang lalu, kesemuanya ini menimbulkan persoalan berkaitan penciptaan Adam, dan pendirian Islam terhadap evolusi itu sendiri. Apakah Adam itu hidup seawal era Australopithecine atau bagaimana?
Saya mungkin tidak berkeahlian dalam membicarakan tentang hal ini, khususnya melalui saluran Biologi, namun saya ingin berkongsi dengan pembaca beberapa perkara yang boleh membantu pembaca membuat penilaian awal tentang hal ini.
PANDANGAN ISLAM TERHADAP PENCIPTAAN MANUSIA
Saya datangkan beberapa ayat al-Quran berkenaan dengan asal usul manusia:
Firman Allah SWT di dalam al-Quran:
"Dia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar"... (Al-Rahmaan 55: 14)
Lihat juga ayat-ayat di 22:5, 23:12, 30:20, 32:7, 37:11
Allah SWT juga menyebut:
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya"..(Al-Tin 95: 4)
Mohamed Asad dalam menafsirkan ayat ini mengatakan bahawa: Allah SWT telah menciptakan manusia di dalam bentuk yang paling sempurna dan dikurniakan kualiti-kualiti yang positif pada fizikal dan mentalnya sesuai dengan tujuan yang perlu dilaksanakan oleh makhluk yang diciptakan ini.
Lihat juga ayat-ayat di 8:2 dan 7:8
Allah SWT turut menjelaskan di dalam al-Quran bahawa seluruh manusia adalah dari keturunan Adam. Firman-Nya:
"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai".... (Al-Nisaa’ 4: 1)
Dan manusia itu diciptakan Allah dengan maksud menjadikan mereka Khalifah di muka bumi:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”.
Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah 2: 30)
PANDANGAN ULAMA ISLAM YANG AWAL
Di dalam sejarah Islam, tumpuan kita adalah pada melihat sejauh mana umat melaksanakan peraturan Allah, sebagai mekanisma jatuh dan bangunnya tamadun. Oleh kerana tumpuannya begitu, maka kadang-kadang kita terlepas pandang kepada pandangan para ulama’ terhadap persoalan-persoalan ‘pra-sejarah’ ini.
Sebagaimana teori evolusi mempunyai akar falsafah yang melunjur hingga ke era Ancient Greek dan Roman serta agama, maka ia turut menjadi bahan ulama Islam mencari jawapan kepada persoalan pra-sejarah ini. Namun terasnya adalah bersandarkan kepada ayat-ayat al-Quran yang telah memiliki pendirian yang tersendiri mengenainya. Walaupun ulama Islam memanfaatkan sumber yang ada di sekitar mereka, tetapi prinsip-prinsip al-Quran tetap menjadi teras utama kepada mereka.
Lihat sahaja buku Akhbar al-Zaman oleh al-Mas’oudi, sebelum memperkatakan tentang Adam dan generasi selepasnya, Al-Mas’oudi meletakkan bab “Penjelasan Tentang Umur Dunia, “Penjelasan Tentang Umat-umat Sebelum Adam”, Penjelasan Tentang “Jin dan Jenis-jenis dan Qabilah Mereka”, “Penjelasan Tentang Bumi Dan Apa Yang Ada Padanya”, “Penjelasan Tentang Laut Yang Meliputi (Al-Bahr al-Muhi?) dan Perkara-perkara Ajaib yang Ada di Dalamnya” dan sebagainya.
Al-Mas’oudi menjelaskan bahawa terdapat 28 umat yang telah dicipta di muka bumi sebelum Adam. Mereka terdiri daripada flora dan fauna serta Ummah yang agak menyerupai Bani Adam. Umat ini bercampur dan berinteraksi hingga membawa kepada berkembangnya mereka kepada 120 umat.
Al-Thabari juga menyatakan di dalam Tafsirnya bahawa kesemua hidupan diciptakan sebelum penciptaan Adam.
Al-Maqdisi menjelaskan bahawa terdapat 3 Umat yang utama di dunia sebelum Adam iaitu dua daripadanya terdiri daripada kaum Jin. Manakala kaum yang ketiga adalah golongan yang berbeza dari Jin kerana mereka ini berdaging dan berdarah. Golongan ketiga ini adalah mereka yang dimaksudkan sebagai “man yufsidu feehaa wa yasfiku al-dimaa’: golongan yang membuat kerosakan dan menumpahkan darah” seperti yang diulas oleh Malaikat di dalam ayat al-Quran 2: 30.
Ulasan-ulasan al-Mas’oudi ini memperlihatkan bahawa persoalan tentang hal ehwal pra-sejarah telah pun dibahaskan oleh para Ulama’ jauh sebelum munculnya di Eropah, debat evolusi pada kurun mutakhir ini. Ulama Islam sudah menyentuh bidang ini 10 kurun sebelum ia diperkatakan di Eropah.
Persoalan ini penting di sisi ilmuan Islam, untuk membina dan menstrukturkan World History pada perspektif Islam. Mereka melihat persoalan Tuhan, manusia dan alam, sebagai subjek yang tidak boleh dipisahkan. Di atas prinsip itu, persoalan sejarah tidak sewenang-wenangnya bermula hanya dengan penciptaan Adam, tetapi era Pra-Adam turut diambil kira.
Inilah yang mengagumkan saya. Sekian lama saya terlepas pandang terhadap perhatian yang diberikan oleh Ulama’ seawal kurun ke-10M terhadap isu ini. Keprihatinan mereka menunjukkan bahawa subjek ini berharga untuk diberikan perhatian.
‘ADAM’ SEBELUM ADAM
Berkenaan dengan penciptaan Adam, majoriti ulama Islam percaya bahawa Adam dan Hawa telah dicipta dengan lengkap di Syurga. Mereka kemudiannya dihantar ke bumi selepas memakan buah yang terlarang. Keturunan mereka mengisi populasi bumi dan memulakan sejarah manusia.
Akan tetapi Allah SWT tidak menjelaskan di dalam al-Quran bagaimanakah Adam itu dicipta. Adakah dia dicipta secara berperingkat atau dengan satu proses sahaja? Sebahagian ahli Tafsir mendatangkan pandangan bahawa ketika Allah SWT mencipta Adam, tubuh Adam itu dibiarkan selama 40 tahun sebelum ditiupkan ke dalamnya roh. Di sini kita boleh melihat dengan jelas pengaruh tradisi Ancient Persian terhadap tafsiran berkenaan.
Terdapat juga sebahagian daripada ulama Islam yang menjelaskan bahawa Adam bukanlah manusia pertama yang dicipta di muka bumi. Mereka berpandangan bahawa ratusan ribu ‘Adam’ telah wujud sebelum Adam bapa kita. Setiap satu ‘Adam’ itu telah mempunyai keturunan dan kehidupannya, mereka telah musnah sepenuhnya dan digantikan dengan ‘Adam’ yang berikutnya sehinggalah tiba kepada Adam, bapa kita. Adam bapa kita, dianggap sebagai pusingan terakhir siri ‘Adam’ di muka bumi.
Ada juga ulama yang berpendapat bahawa Adam dan Hawa dicipta bukan di Syurga tetapi di muka bumi dan daripada bumi.
(Lihat al-Maqdisi: Al-Bad’ wa al-Tarikh dan Ibn al-‘Arabi: al-Futuhat al-Makkiyyah)
Ikhwan al-Safa juga ada menghuraikan tentang hal ini. Mereka menyatakan bahawa semua haiwan dicipta dari tanah liat kering dan membiak di kawasan Khatulistiwa yang tidak terganggu oleh perubahan cuaca yang ektrim. Hal ini memberi ruang kepada pembiakan. Di dalam suasana inilah Adam tercipta (takawwana). Ikhwan al-Safa juga berpendapat bahawa Adam dan Hawa hidup di peringkat pertama kehidupan mereka di bumi (Rasaa’il Ikhwan al-Safa, jilid muka surat 181, 229. Ada kemungkinan konsep ini diambil dari Bible kerana di dalam Bible, Syurga itu adalah Garden of Eden di mana Adam dan Hawa hidup dalam keadaan yang suci)
ISU LEKEH?
Mungkin isu-isu di atas dipandang remeh oleh sesetengah kita. Ia mungkin dengan mudah dilabel sebagai khurafat, mangsa Israiliyyat, dongengan dan sebagainya. Namun, perlu diingatkan bahawa bukanlah kesahihan fakta itu yang menjadi keutamaan. Saya tegaskan begini kerana sama ada ia dilihat dari tafsiran kepada teks agama, atau pun kepada pencapaian sains itu sendiri, persoalan-persoalan ini masih dibanjiri oleh hipotesis. Malah jangan lupa kepada ingatan Allah bahawa “AKU MENGETAHUI APA YANG TIDAK KAMU KETAHUI”.
Pengetahuan kita ada batas-batasnya.
Namun apa yang menjadi keutamaan kita ialah, persoalan idea berkaitan dengan evolusi biologi, dan adanya idea tentang berkemungkinan wujudnya kehidupan dan ‘adam’ lain sebelum penciptaan Adam, mempunyai ruang untuk ia dikaji oleh Muslim. Ini akan menghindarkan pelajar Sains daripada dibelenggu rasa bersalah yang tidak perlu. Semata-mata kerana menyangkakan bahawa evolusi menyalahi Islam.
Walhal, prinsip-prinsip evolusi sudah pun ada di fikiran ahli sejarah Muslim seawal kurun ke-10M. Jika ia diterima sebagai subjek yang berharga untuk dikaji oleh umat Islam, mengapa pula hari ini kita mengambil pendirian mudah bahawa ruang perbincangan mengenai hal ini sudah terkunci. Evolusi bertentangan dengan Islam, 100%!
Apa yang membimbangkan saya ialah, sikap orang agama terhadap isu-isu seperti ini akan menimbulkan masalah sebagaimana pemuka agama Kristian yang sombong, telah membiakkan manusia sains yang menjauhi agama. Soal agama mereka betul atau salah, tidak sempat untuk dibicarakan kerana sikap sombong dan simplistic minded mereka telah menyebabkan agama tidak lagi dilihat sebagai sumber kebenaran.
Manusia beralih kepada sains kerana muak dengan kelakuan orang agama yang jumud.
THE DIVINE EVOLUTION
Di Barat sendiri, sebahagian pengkaji cuba untuk mengharmonikan evolusi dengan ajaran agama. Walaupun ahli teologi dan gereja teguh dalam menolak evolusi, namun tetap ada sebahagian mereka yang menerima undang-undang dan proses alam semulajadi, tanpa menafikan proses penciptaan oleh Tuhan. Mereka mempercayai bahawa Tuhan berada ‘di sebalik’ proses evolusi di dalam kehidupan alam ini dan manusia berada di hujung proses evolusi ini.
Penjelasan sebegini disebut sebagai ‘the Divine Evolution’.
Ada juga sebahagian pemimpin di gereja yang mengiktiraf ketidak sempurnaan teks Holy Book dan menganggap teori evolusi biologi sebagai bersesuaian dengan aqidah agama Kristian.(Lihat Maurice Bucaille, What is the Origin of Man? The Answers of Science and the Holy Scripture)
Semakan dari semasa ke semasa perlu dibuat juga oleh kita umat Islam.
Muhammad Iqbal dan beberapa tokoh yang lain, menerima idea evolusi Biologi. Namun, Iqbal menjelaskan bahawa evolusi hanya membabitkan perkembangan fizikal manusia. Ia tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan dimensi non fizikal atau spiritual manusia. (Lihat Muhammad Iqbal, The Reconstruction of Religious Thought in Islam).
Isu ini akan membabitkan pendirian Islam terhadap penemuan fosil, hal-hal yang berkaitan dengan kesahihan persepsi bahawa kehidupan manusia bermula dalam keadaan yang primitif, isu banjir besar serta hal Ya’juj dan Ma’juj.
Di Amerika Syarikat, saintis genetik dan paleontologis di akhir kurun ke 20, selepas mengkaji ribuan fosil purba, menyokong teori mtEve yang mencadangkan bahawa keturunan manusia ini bermula dari satu lelaki dan satu perempuan. Penerimaan ini membuka laluan kepada mereka untuk berpihak kepada agama dan seterusnya mula mengemukakan hipotesis tentang Kapal Nuh dan Garden of Eden.
Jika umat Islam mengambil jalan mudah dengan mengatakan semua ini mengarut, maka lebih mudahlah Islam akan dianggap mengarut, apabila gagal berinteraksi dengan pencapaian sains dan teknologi genetik hari ini.
Saya bimbang dengan jumlah anggota masyarakat kita yang menarik diri dari masyarakat dan memencilkan diri kerana tertekan dengan trend perdana yang selesa dengan anggapan bahawa sains dan agama itu saling bertentangan.
Mudah-mudahan dengan perkongsian maklumat ini akan dapat membuktikan kepada pembaca, betapa ulama, ahli sains dan ahli sejarah saling memerlukan di antara satu sama lain untuk lebih memahami agama, Allah SWT, manusia dan alam sejagat.
Jangan kita mangsakan Islam dan Muslim oleh sembang simplistik yang merugikan itu.
=============================
(P/s penulis artikel :~ARTIKEL INI SAYA TULIS UNTUK MEREKA YANG SUDAH BIASA DENGAN SUBJEK-SUBJEK YANG DIBINCANGKAN. PERSPEKTIF SEJARAH DARWINISM, ILMU SAINS BIOLOGI DAN KEJURUTERAAN GENETIK DAN SERBA SEDIKIT PENDEDAHAN KEPADA ILMU SEJARAH DI KALANGAN ILMUAN ISLAM YANG AWAL. JIKA ANDA KELIRU DENGAN MANA-MANA ISTILAH, MANFAATKAN WIKIPEDIA. TERIMA KASIH.)
So setelah mengkaji artikel ini apa pendapat anda??? Bagi sy y msih dlm kcetekan ilmu ini, walau apa hujah skalipun yg pnting jgn lupa bpegang kepada Al-Quran sbg sumber utama agar kta tdk mdah terpesong dgn sbrg perdebatan yg tmbul.....Wallau'alam.....

Mari membangun Islam!!!!!
SEJARAH AYAT KURSI
Ayat kursi diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya.
Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala
kefakiran di depan matanya."
kefakiran di depan matanya."
Sabda baginda lagi;
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri.
Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan
Barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. ,
Rasullullah s. a. w. bersabda,
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."
Allahu Akbar !
(Mari membangun bersama Islam...!!!)
puisi ; Aku, Dia, & Cinta
Cinta
Cintaku ini,
Terlalu sukar untuk dijelaskan
Bagaimanakah cinta yang ku mahukan
Adakah sekadar untuk hiburan
Atau pelengkap suatu kehidupan
Cintaku ini,
Untuk siapakah yang sebenarnya
Insan teristimewa yang bakal bertakhta
Namun dirinya tak kunjung tiba
Ku tunggu ku pasrah penuh redha
Dia,
Adakah dia yang kucari-cari
Tetapi suara hatinya belum kupasti
Adakah kewujudan diri ini disedari
Atau dia sudah punya pilihan lain dihati
Dia,
Tatkala ku terpandang wajahnya
Hati yang panas kan sejuk semula
Fikiran yang runsing kembali tenang
Masalah yang ada terbang melayang
Sungguh, wajahnya sesejuk mata memandang
Duhai hati,
Bersabarlah menanti gerangan imam untuk mendekatimu
Seandainya dia bukan ditakdirkan untukku
Ku mohon ku doa moga digantikan dengan insan soleh sepertinya
Moga hidupku dan generasiku
Sentiasa berada dibawah bimbingan rahmat dan kasih sayangMU….amin Ya Allah..
by Sahara Hamid
Aurat Muslimah Menurut Syarak...
| Assalamualaikum wbt....Alhamdulillah segala puji bg Allah SWT atas sgla nikmat yg di anugerahkan. Selawat & salam ku utuskan buat idola hati tercinta Rasulullah SAW,keluarganya serta para sahabat seperjuangan baginda. Tidak lupa juga segugus doa simbol kerinduan ku hadiahkan buat arwah bonda & ayahanda tersayang,ahli keluargaku, guru2ku,sahabat2ku, serta seluruh umat Islam. Moga kta smua berada dlm payungan rahmat & kasih sayangNYA.Ameen Ya Robb...^_^. Ruangan medan pada kali ini ingin sy buka utk mmbicarakan suatu isu yg ckup2 sinonim dgn wanita .....AURAT.....jika kita lihat di akhir zaman ini aurat wanita dianggap hal yg remeh hngga mengundang plbagai perkara yg negatif. tidak hairanlah rmai wanita kini tanpa segan silu mendedahkan aurat utk mnjadi tatapan umum dgn pnuh rsa bangga dlm diri. Ada juga sesetengahnya yg menganggap diri mereka mnutup aurat sedangkan baju yg dipakai sendat & menampakkan bygan tbuh. Ada juga berbaju kurung cntik, bertudung tp kain trbelah (kain halal haram namanya tu....wk2 ttutup HALAL, bila mlngkah HARAM sbb nmpak betis...wallahu'alam)...Adakah menutup aurat itu sekadar menutup tubuh sahaja??? jelaslah pemahaman tuntutan menutup aurat msih kabur dlm minda & hati wanita Islam masa kini..bukan maksud sy utk mngkritik mna2 phak, sy jga insan biasa yg masih dalam kesamaran mencari hidayahNYA.(mhon maaf andai ada y tsinggung....)...namun tidak salah sy rsa utk kta saling menasihati antara 1 sma lain demi kbaikan bersama d dunia jua akhirat. Utk itu, di sini sy ingin berkongsi artikel dgn semua pmbaca berkaitan AURAT WANITA MUSLIMAH MENURUT SYARAK...moga artikel ini mampu memberi manfaat dan kesedaran kpd kta semua utk memahami apa itu konsep penutupan aurat yg sebenar2nya...Selamat Membaca & Memuhasabah diri.....^_^. Aurat Wanita Muslimah Menurut Syarak |
Pembahasan tentang masalah aurat wanita Islam tidak pernah sunyi dari diperkatakan. Malangnya, apa yang mendukacitakan adalah sering kali penjelasan tentangnya tidak berlandaskan nas yang sahih sebaliknya hanyalah takwilan yang dilatari hawa nafsu serta kebencian kepada sumber yang qat’ie. Sebahagian kaum Muslimah yang telah dirasuk pemikiran kufur turut mempertikaikan kewajaran pemakaian tudung yang juga dipanggil ‘hijab’ dengan menganggap menutup kepala sebagai menutup akal. Contoh golongan ini adalah seperti Pengurus Program Sisters In Islam (SIS), Norhayati Kaprawi dalam sesi dialog Islam Liberal di Hotel Selesa, Pasir Gudang yang berkata bahawa pakaian taqwa itu lebih baik dari menutup aurat. Ada juga yang beranggapan menutup aurat adalah penyebab kemunduran umat Islam. Ahmad Reda yang merupakan penyeru agar ditumbangkan sistem pemerintahan Islam di Turki menganggap bahawa selagi lelaki dan wanita Turki tidak bercampur bebas dan membuka hijabnya maka tiada kedaulatan undang-undang dan kebebasan di Turki [Rujuk al-Ittijah al-Wataniah fi al-Adab al-Mu’sir, Jil. 2, ms273). Manakala Taha Husin dari Mesir menyatakan dalam bukunya ‘Mustaqbal al-Thaqafah fi Misr’: “Kita mesti mengikut jejak langkah orang-orang Eropah dan cara mereka. Kita mesti menjadi sekutu mereka dan rakan kongsi dalam ketamadunan, sama ada yang baik atau yang buruk, sama ada yang manis atau yang pahit, sama ada yang disukai atau yang dicaci.” Baginya menutup aurat perlu ditentang kerana ianya berbeza dengan Barat. Dr. ‘Imad ‘Abd Hamid An-Najar dalam Jaridah al-Akhbar pula menyatakan: “Adapun mengenai hijab dan percampuran antara wanita dan lelaki dalam kehidupan harian, ini adalah perkara yang boleh ditentukan oleh sesebuah masyarakat berdasarkan keadaannya. Bagi setiap masyarakat ada pakaian dan cara-cara yang memudahkan individunya. Apa yang disebut di dalam al-Qur’an mengenai hijab adalah khusus untuk isteri-isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Hukum-hakam ini bukanlah semestinya berkaitan dengan seluruh wanita.” Demikianlah di antara sebahagian penentangan-penentangan terhadap hukum Allah yang ditunjukkan oleh kumpulan atau individu yang sudah teracun oleh pemikiran kufur Barat. Di samping itu, masih terdapat ramai juga wanita Muslim yang masih tidak tahu, tidak faham atau salah faham dengan cara-cara menutup aurat secara syar’ie di dalam kehidupan mereka. Justeru, mereka terjatuh di dalam dosa dan keharaman. Justeru, hukum menutup aurat ke atas Muslimah ini mestilah diperhatikan betul-betul agar kita tidak terjerumus ke dalam kesesatan dan dosa. Dalil-dalil tentang Aurat Wanita (i) Batasan aurat wanita Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31]. Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316]. Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66]. Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan. Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45]. Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud] (ii) Aurat Wanita dalam Hayaatul ‘Am (Kehidupan Umum/Public Life) Yang dimaksudkan dengan hayaatul ‘am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu (a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan (b) libas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung). Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya. Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah, “Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59]. Oleh sebab Al-Quran adalah berbahasa Arab, dan perkataan “jilbab” itu adalah perkataan Arab, maka kita hendaklah memahami apakah yang dimaksudkan “jilbab” di dalam bahasa Arab. Dengan kata lain, kita hendaklah memahami dan mengikuti apakah yang orang Arab faham bila disebut jilbab. Maka inilah pakaian yang diperintahkan oleh Allah kepada perempuan. Di samping itu, perincian tentang pakaian ini telah pun dijelaskan di dalam banyak hadis sahih yang wajib diikuti oleh setiap orang. Jadi, apakah makna jilbab itu? Selain dari melihat sendiri kepada nas-nas hadis tentang pakaian yang dipakai Muslimah semasa zaman Rasulullah, kita juga boleh merujuk kepada banyak kamus Arab untuk mengetahui makna “jilbab”. Dalam kitab Al-Mu’jam Al-Wasith karya Dr. Ibrahim Anis [Kaherah: Darul Maarif ms 128], jilbab diertikan sebagai ats-tsaubul musytamil ala al-jasadi kullihi (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau ma fauqa ats-tsiyab kal milhafah (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (seperti jubah), atau al-mula’ah asy-tamilu biha al-mar’ah (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita). Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni hingga ke mata kaki. Maksud milhafah/mula’ah (Arab) adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar [di dalamnya masih ada pakaian dalam (pakaian rumah) atau pakaian sehari-hari tetapi bukan hanya coli dan seluar dalam] lalu diulurkan ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya. Untuk pakaian atas, wanita disyariatkan/diwajibkan memakai “khimar” iaitu tudung atau apa sahaja bahan/kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang leher baju di dada. Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah, “Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31]. Pakaian jenis ini (jilbab dan khimar) wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah baligh) apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum. Setelah memakai kedua jenis pakaian ini (jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan baginya keluar dari rumahnya menuju ke kehidupan am tanpa sebarang dosa. Jika tidak, maka dia tidak boleh (haram) keluar dari rumah kerana perintah yang menyangkut kedua jenis pakaian ini datang dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam semua keadaan. Mana-mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan layak mendapat seksa Allah di akhirat nanti. (iii) Pakaian wanita dalam Hayatul Khassah (Kehidupan Khusus/private life) Yang dimaksudkan dengan hayatul khassah adalah keadaan di mana seseorang wanita itu menjalani kehidupannya di rumahnya bersama dengan anggota keluarganya yang lain. Adapun cara seorang Muslimah menutupi auratnya di hadapan lelaki ajnabi dalam kehidupan khusus seperti di rumahnya atau di dalam kenderaan peribadi, syarak tidak menentukan bentuk/fesyen pakaian tertentu tetapi membiarkan secara mutlak tanpa menentukannya dan cukup dengan mencantumkan lafaz dalam firman-Nya, “wa laa yubdiina” (“dan janganlah mereka menampakkan”) [Surah An-Nur:31] atau sabda Nabi, “lam yashluh an yura minha” (“tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya”) [HR Abu Dawud]. Jadi, pakaian yang menutupi seluruh auratnya kecuali wajah dan telapak tangan dianggap sudah menutupi, walau bagaimana pun bentuknya. Tetapi ia adalah tertakluk kepada hukum tabarruj (sila lihat perbincangan di bawah). Berdasarkan hal ini maka setiap bentuk dan jenis pakaian yang dapat menutupi aurat iaitu yang tidak menampakkan aurat dianggap sebagai penutup bagi aurat secara syar'i, tanpa melihat lagi bentuk, jenis, atau fesyennya. Namun demikian syara' telah mensyaratkan dalam berpakaian agar pakaian yang dikenakan dapat menutupi kulit. Jadi pakaian wajib dapat menutupi kulit sehingga warna kulitnya tidak diketahui. Jika tidak demikian, maka tidak dikatakan menutup aurat. Oleh kerana itu apabila kain penutup itu tipis/transparent sehingga nampak warna kulitnya dan dapat diketahui sama ada kulitnya berwarna merah atau coklat, maka kain penutup seperti ini tidak boleh dijadikan penutup aurat dan haram hukum memakainya. (iv) Wajib memakai tsaub, di samping jilbab Tsaub ialah ‘pakaian di rumah’ iaitu pakaian yang dipakai oleh wanita di hadapan mahramnya semasa berada dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) tatkala tiada lelaki ajnabi (lelaki asing) di dalamnya. Dalil mengapa wajib mengenakan tsaub di dalam jilbab ialah berdasarkan firman Allah, “Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haidh dan mengandung) yang tiada ingin berkahwin (lagi) tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian (tsiyab) mereka, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka” [TMQ An-Nur (24):60]. Ayat ini membenarkan wanita yang telah putus haid dan tiada keinginan berkahwin menanggalkan atau melepaskan pakaian (tsaub). Ini bermakna, jika tiada ‘pakaian’ di dalam jilbab, bermakna wanita yang telah putus haid berkenaan akan berbogel, walhal berbogel tidak dibolehkan. Justeru, tsaub adalah ‘pakaian dalam’ (pakaian rumah) yang wajib dipakai oleh Muslimah di samping jilbab (pakaian luar) di dalam hayatul am atau di dalam hayatul khas tatkala ada lelaki ajnabi. [Rujuk Imam Muhammad Abu Zahrah dalam kitab Usulul Fiqh:164-147, Abdul Wahab Khallaf kitab Ilmu Usul Fiqh:143-153 dan Sheikh Taqiuddin an-Nabhani dalam kitab As-Syahsiyyah Al-Islamiyyah Juz. 3:178-179]. Larangan Bertabarruj Adapun dalil tentang larangan bertabarruj adalah juga dari Surah An-Nur (24):60 iaitu Firman Allah, “Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada ingin kawin [lagi], tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak [bermaksud] menampakkan perhiasan (tabaruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. [TMQ An Nur(24):60] Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda, belum putus haid dan berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi. Dalil lain ialah “Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.” [TMQ Al-Ahzab (33):33] Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan, “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” Abul A’la al Maududi berkata: “Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna- (i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya); (ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak. "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari]. Khatimah Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi: "Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa". Wallahu ‘alam bi sawab. |
Travelog Hidupku...(perayu cinta Hakiki...)
Assalamualaikum WBT. Segala puji bagi Allah yang telah mengatur seluruh perjalanan alam ini dengan sebaik-baiknya. Selawat dan salam diutuskan buat idola tercinta Rasulullah SAW dan para keluarganya serta para sahabat seperjuangan Baginda. Ucapan syukur yang tidak terkira kulafazkan kepada Pencipta di atas kurniaan nikmat Iman & Islam dan memberikan kesihatan yang baik kepadaku tika ini. Sejambak doa ikhlas dariku buat arwah bonda & ayahanda tercinta moga roh kalian ditempatkan bersama golongan yang beriman & bertaqwa. Ameen.
Alhamdulillah, pada hari ini Allah SWT menggerakkan hati dan tanganku untuk menulis. Penulisan yang akan menceritakan sedikit sebanyak peristiwa yang berlaku sepanjang aku bertravelog di bumi yang indah ini. Perjalanan hidupku yang sering berlaku inovasi, inovasi yang banyak mengubah sempadan iman ke arah bergelar insan yang lebih baik disisinya. Siapa yang tidak mahu istimewa dipandangan Allah? Namun keistimewaan & impian itu sering digugat oleh kejahilan yang kucipta sendiri. Menjadikan diri jauh daripada rahmat & kasih sayang Allah SWT.
Astaghfirullah. Ampunkan aku Ya Allah.
Hari ini genaplah umurku 22 tahun. Sementara hati menari riang lepas diraikan oleh sahabat-sahabat tersayang, mindaku ligat merenung perubahan diri. Selama 22 tahun aku mengembara di Bumi Tuhan, banyak perubahan-perubahan yang telah berlaku dalam hidupku. Ada perubahan yang positif, tak kurang jua ada yang negatif. Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, tahap agama yang aku rasakan jua sederhana. Namun apa yang pasti sejak kecil aku dan adik-beradik yang lain di ajar mengaji al-Quran dan bersolat. Kadang-kadang arwah ibuku terpaksa menggunakan kekerasan supaya kami pergi ke surau berdekatan untuk belajar al-Quran. Kasihan ibuku terpaksa berhadapan dengan anak-anak yang sememangnya degil dan agak malas. Al-Fatihah untuk arwah ibu diiringi doa tulus ikhlas dariku. Namun bukan itu yang ingin ku nukilkan di sini. Biarlah ia menjadi lipatan sejarah yang amat manis untuk dikenang dan dikongsi oleh kami adik-beradik.
Apa yang ingin kucoretkan di sini adalah tentang perjalanan hidupku. Suatu perjalanan yang agak mencabar dan kadangkala memerlukan ketabahan sebagai peneman setia, air mata sebagai terapi, dan kekuatan sebagai benteng kelemahan. Mukaddimah sejarah hidupku umpama gurun Sahara yang kering-kontang. Kering tanpa mengenal ilmu Tuhan yang sebenar-benarnya. Jahil tentang makna Islam itu sendiri. Bukan niatku ingin membuka pekung di dada namun jika pekung di dadaku ini mampu menyuntik keinsafan dan pengajaran untuk semua, aku rela. Moga apa yang ingin kusampaikan mampu memberi manfaat kepada insan yang membacanya. InsyaAllah, permudahkanlah Ya Allah.
Suatu ketika dahulu sebelum aku mengenal dunia luar yang penuh pancaroba, aku cukup menjaga aurat terutama dalam bab berpakaian. T-shirt berlengan panjang sering kujadikan tirai untuk menutup diri. Ibuku sering menungkapkan kata bangga dengan imejku yang sebegitu. Aku tersenyum puas. Namun apabila diriku semakin menginjak dewasa, aku mula mengikut arus fesyen semasa. Baju semakin singkat dan ketat, tudung yang ku pakai juga sengaja ku sentengkan untuk lebih bergaya. Apa jua jenis pakaian terkini untuk remaja ku cuba. Jeans,blaus dan bermacam-macam lagi yang sudah pastinya membawa aku semakin lari dari tuntutan berpakaian muslimah yang sebenar. Namun dek kerana kecetekan ilmu dan kejahilan diri, aku tersenyum bangga dapat menyarungkan pakaian sebegitu demi tidak mahu dikatakan ketinggalan zaman. Astaghfirullah, ampuni aku Ya Allah.
Namun, ada sesuatu yang tidak kena pada diriku. Walaupun aku berpakaian sebegitu, aku masih lagi merasakan belum ada kepuasan. Anehnya, terasa seperti ada sesuatu yang kurang. Mengapa? Aku sendiri buntu memikirkan masalah ini. Bila aku melihat sahabat-sahabat sepertiku mengenakan pakaian tersebut, ada riak kepuasan pada mereka. Tapi mengapa tidak aku? Kadang-kadang aku terasa malu juga bila berpakaian ketat untuk keluar ke bandar, namun bila ada sahabat yang lain memberi komen yang positif, kugagahi jua. Jahilnya aku Ya Allah. Ampunkan aku Ya Allah. Suatu ketika aku berbaju kurung keluar ke bandar, lalu dengan takdir Allah melintaslah beberapa orang muslimat dihadapanku. Gaya pemakaian mereka sama seperti pakaian rutin yang aku pakai sebelumnya. Dengan tidak semena-mena fikiranku berbisik “Ya Allah, ketatnya. Macam mana la kalau melintas depan orang laki ni.” Tika itu baru ku sedar kejahilan diri. Ya, kita hanya tahu menilai orang lain sedangkan diri sendiri banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki. MasyaAllah. Namun kesedaran terhenti setakat itu sahaja. Masih belum terbit keinsafan yang sebenar-benarnya. Permudahkanlah Ya Allah.
Hinggalah apabila aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke salah sebuah universiti di Utara. University Utara Malaysia (UUM). Aku terpisah dengan sahabat karibku. Masing-masing membawa haluan sendiri dek kerana tuntutan ilmu. Alhamdulillah kami berempat berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Itulah yang menjadi kebanggaanku apabila semua sahabat karibku mendapat peluang itu. Syukur padaMU Ya Allah. Di UUM bermulalah kehidupanku sebagai seorang pelajar kembali. Dengan bidang Bachelor Pentadbiran Muamalat, aku diperkenalkan dengan pensyarah-pensyarah yang kebanyakannya terdiri daripada mereka yang bergelar ustaz dan ustazah. SubhanAllah. Setiap kali sesi kelas bersama mereka, banyak suntikan ilmu agama yang berjaya menusuk masuk ke tangkai hatiku. Aku mula memuhasabah diri. Masih aku ingat lagi nasihat seorang ustaz “kita belajar bukan untuk periksa tapi untuk mendapatkan ilmu, perbaikilah niat anda semua”. Dalam diam ku akui kebenaran kata-kata tersebut. Belajar hanya untuk lulus exam takkan ke mana, abes exam hilanglah segalanya. Tapi jika belajar untuk mendapatkan ilmu tersebut, InsyaAllah ia akan kekal sampai bila-bila. Satu ilmu yang sangat berguna kupelajari. Pensyarah-pensyarahku yang islamik juga sering menekankan etika berpakaian sebagai seorang muslimin dan muslimat. Apabila berpakaian mengikut syariat yang ditetapkan, insyaAllah akhlak juga akan selari mengikutinya. Namun harus di ingat hati perlu ikhlas melakukannya, jika tidak, pakaian tersebut tidak akan mampu untuk mengubah akhlak seseorang. Yang penting hati. Terasa nasihat itu terkena pada diriku. Sekali lagi aku tunduk memuhasabah diri.
Berbalik kepada ceritaku, hari demi hari mindaku dihidangi dengan pelbagai nasihat berunsur keagamaan. Ceramah dan forum-forum agama yang ku hadiri juga meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam proses memperbaiki diri ke arah bergelar hamba Allah yang lebih baik. Moga Allah memberi kesejahteraan hidup di dunia juga di akhirat kepada penceramah-penceramah tersebut atas ilmu yang disebarkan. Ameen. Walau pun begitu diri ini masih juga kekal dengan penampilan lama. Bukan aku tidak mahu berubah. Hati ini kadang kala meronta inginkan perubahan. Mungkin aku perlukan sedikit masa lagi untuk memantapkan diri. Ini kerana setelah perubahan berlaku nanti aku harap aku akan terus beristiqomah. Bukan hanya perubahan yang sementara. Suatu ketika sewaktu aku ingin pulang ke kampung untuk bercuti semester, aku menaiki bas yang disediakan untuk setiap anak negeri masing-masing. Jadi aku bersama-sama rakan se negeri yang lain berpakat untuk menaiki bas tersebut. Aku duduk di sebelah sahabat lamaku waktu di zaman persekolahan. Lelaki. Tidak berapa lama kemudian naiklah seorang kakak senior yang memakai hijab labuh. Sebaik sahaja terpandang kakak tersebut, sahabatku yang lelaki tadi terus bertanya satu soalan yang sehingga kini aku masih mengingatinya. “eh, ko tak teringin ke nak pakai macam kakak tu?”. Ya Allah, begitu mendalam maksud soalan itu padaku. (p/s_buat sahabatku Shafie, terima kasih atas soalan itu. Allah telah menyampaikan kesedaran kepadaku melalui perantaraan denganmu. Moga Allah merahmatimu sahabat…). Apa yang aku mampu jawab tika itu adalah “insyaAllah, ko doakanlah yang terbaik untuk aku ek”. Malam itu aku muhasabah diri lagi. Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk berubah ke arah kebaikan dan kekalkan aku di jalan itu. Sebak hatiku tatkala merayu kepada Allah sebegitu. Moga Allah mendengar rayuanku.
Selang dua bulan berikutnya cuti semeterku telah tamat. Aku terpaksa pulang semula ke Utara demi meneruskan misi yang belum selesai di medan ilmu. Dalam hati aku berdoa penuh pengharapan kepada “Majikanku” yang Maha Agung. Ya Allah, suntikkanlah semangat dan keazaman yang tinggi padaku untuk berubah mengikut syariatMU, tautkanlah hatiku dengan golongan-golongan yang beriman dan bertaqwa, Ya Allah, dari jauh aku mengembara mencari ilmu, bukan sahaja ilmu dunia yang ku mahu tapi jua ilmu akhirat yang boleh melonjakkan aku daripada sempadan kejahilan kepada sempadan ketaqwaan. Ya Allah, sesungguhnya seruanMU sudah lama sampai dihadapan pintu hatiku. Namun hanya aku yang masih belum membuka pintu tersebut. Seringkali ku lari berpaling tatkala ku lihat seruan itu. Bantulah aku Ya Allah, lembutkanlah hatiku Ya Allah, hilangkanlah titik-titik hitam dalam hatiku agar aku dapat menempatkan seruanMU di situ. Ameen Ya Robb.
Doa ini sering berlegar-legar dalam mindaku. Apatah lagi jika sewaktu aku dalam perjalanan ke kelas melintas di hadapanku muslimat yang bertudung labuh. Ya Allah, sejuknya mata ini memandang ciptaanMU. Semoga Engkau memberi kesejahteraan dan ketenangan kepada mereka Ya Allah. Hati kecilku berbisik “bila la aku nak berubah macam ni”…..
Suatu ketika aku berhalaqah bersama seorang sahabat.
Aku : kak, tadi kan masa nak pergi kelas saya terserempak dengan seorang muslimat bertudung labuh. Ya Allah kak, bila saya tengok dia sejuk rasa hati ni. Tak tahu nak cakap macam mana. Manis sangat wajahnya. Bukan setakat dia sorang tp muslimat lain yang bertudung labuh pun saya tengok bersih sangat air muka dorang semua. Kita bila lagi nak jadi camtu ye kak?
Sahabat : yela, akak pun sama macam kamu jugak. Bila berselisih dengan muslimat yang bertudung labuh rasa macam sejuk je hati tengok dorang. Jalan pun tunduk, tak melilau ke sana sini. Bertuah kaum Adam dapat bidadari macam tu…..
Terdiam sebentar. Masing-masing memuhasabah diri sendiri.
Tiba-tiba sahabatku bersuara….
Sahabat : Jom kita pakai tudung labuh nak x…..? sem depan kita start pakai…..
Aku : hah…kenapa tidak sekarang….?.(aku yang masih kebingungan terkeluar soalan itu…)
Sahabat : ni kan dah nak abes sem….kita balik kampung, muhasabah diri betul-betul dan semester baru nanti kita buka dengan penampilan baru…ok tak?
Aku : insyaAllah kak.
Begitulah setiap kali kami berhalaqah pasti isu tudung labuh menjadi salah satu topik yang gemar menjadi perbincangan. Dan di penghujungnya diakhiri dengan keinsafan. Lembutkanlah hatiku Ya Allah.
Dari situ aku sering mencuba-cuba tudung bidang 60 kepunyaan sahabatku. Beliau sememangnya memakai tudung sebegitu sejak kali pertama aku mengenalinya. Dari apa yang aku tahu, beliau dahulu juga pernah bersekolah di sebuah sekolah agama. Pertama kali aku cuba memakai tudung tersebut, Ya Allah….aku dapat merasakan kelainan yang amat ketara sekali menggetarkan hati dan jiwaku. Subhanallah. Terasa sebak saat itu apabila sebahagian tubuhku terselindung disebalik tudung yang besar dan labuh. Nikmatnya Ya Allah. Hanya Allah yang tahu betapa hatiku amat tersentuh ketika menatap wajahku di cermin dengan penampilan yang sebegitu. Akhirnya berjaya juga ku buka pintu hatiku yang selama ini tertutup dengan karat kejahilan untuk mengalu-alukan hidayah dan petunjuk dariMU. Alhamdulillah. Perasaan gembira, kesal dan sedih yang sukar aku jelaskan kepada semua. Gembira kerana akhirnya hatiku dapat menerima tudung labuh sebagai pelengkap penampilan muslimah, kesal dan sedih kerana memikirkan kejahilan yang terdahulu. Ampunilah aku Ya Allah.
Bermula daripada percubaan pertama, aku sering meminjam tudung sahabatku untuk membiasakan diri dengannya. (p/s : syukran pada ukhti Rosilah kerana sudi meminjamkan tudung beliau padaku dan sentiasa menyokong perubahanku ini. Moga Allah memberkati hidupmu dan keluargamu di dunia jua di akhirat..ameen Ya Allah). Tidak lama setelah itu aku mula membeli tudung labuh sendiri( bidang 60). Tak banyak, hanya dua helai sahaja. Untuk permulaan bagiku ia sudah mencukupi. Alhamdulillah sahabat-sahabatku yang lain memberi sokongan yang sepenuhnya tanpa kritikan sedikit pun. Terima kasih sahabat-sahabatku, kalian adalah penguat semangatku di sini. Sayang kalian semua.
Suatu hari ketika sedang minum petang di bilik sahabatku, tiba-tiba dia bertanya pendapatku…….
Sahabat : apa kata kalau kita pakai tudung labuh yang berjahit tu nak x? macam tudung sekolah kita dulu tapi kita labuhkan. Lagipun tudung camtu murah je, tak payah berhabis sampai RM50 untuk nak beli. Biasa kalau semeter setengah baru RM12….jimat, mudah nak pakai dan yang penting manutup aurat macam yang dikehendaki syariat.
Aku : hurmmm….betul gak tu kak. Lagipun skang ni saya dah dapat biasakan diri pakai tudung labuh bidang 60 tu. Tapi satu je masalah saya yang tinggal, saya takut hati ni tak betul-betul istiqomah. Kalau boleh bila dah mula pakai tudung labuh berjahit tu saya tak nak berpaling ke belakang lagi. Akak tengokla baju-baju kurung dan baju t-shirt saya tu….semua tak sesuai untuk disepadankan dengan tudung labuh….agak ketat dan mengikut bentuk tubuh.
Sahabat : ala tu bukan halangannya, kat sini kan senang nak cari t-shirt labuh untuk muslimah punya. Kita beli sikit-sikit.
Aku : tengokla macam mana nanti….(aku menjawab lemah….)
Akhirnya semester itu berakhir dengan dilema yang tiada penghujungnya. Sukarnya untuk membuat keputusan. Namun kuyakin dengan kuasa Allah. Aku pasti akan berubah juga suatu hari nanti. Tapi bila? Aku sendiri tak pasti.
***********************************************************
Semester baru bermula lagi. Kini aku berada pada semester kelima di gedung ilmu Sintok. Gedung ilmu yang banyak memberi manfaat dalam hidupku untuk bergelar hamba Allah yang istimewa. Teringat pesanan seorang pensyarah “Allah akan mengangkat darjat orang-orang yang berilmu”. Ya, memang benar. Orang yang berilmu selalu dipandang tinggi dan dimuliakan oleh masyarakat. Namun bukan kemuliaan yang kudambakan tetapi ilmu itu sendiri yang kudahagakan. Bagiku, biar hina dipandangan manusia janji tidak hina dipandangan Allah. Lalu semester ini akan ku manfaatkan dengan sebaik-baiknya agar beroleh berkat selari dengan niatku untuk mencapai redha Allah dalam apa jua yang aku lakukan.
Suatu petang aku ke bilik sahabatku. Memang menjadi kebiasaan bagiku berkunjung ke biliknya jika kelapangan waktu. Ada sahaja topik yang kami bualkan dan berkongsi cerita masing-masing. Sedang bercerita sahabatku memberitahu sesuatu……
Sahabat : akak nak keluar beli kain nak wat tudung labuh hujung minggu ni…..kamu macam mana, nak ikut tak?
Aku terdiam sejenak. Berfikir,berfikir dan terus berfikir untuk memberi jawapan yang pasti. Aku sendiri tak pasti adakah aku benar-benar sudah bersedia atau tidak untuk perubahan ini.
Sahabat : tak apalah kalau belum sedia lagi, nanti kalau beli membazir pulak kalau tak pakai. Tunggu dah sedia baru gi beli ek. Akak gi beli dulu, nanti kalau kamu nak beli akak temankan.
Macam mana sahabatku ni boleh baca apa yang tersirat dalam hatiku tika ini?
Aku : saya rasa macam belum sedia lagi la kak. Memang hati nak sangat, tapi saya pun tak tahu kenapa sukar sangat untuk saya buat keputusan. Akak beli la dulu, nanti kalau saya dah sedia akan menyusul akak.
Hanya itu jawapan yang boleh ku berikan saat ini.
**************************************************************
Tibalah hujung minggu yang dinantikan…..
Aku : kak, jadi tak nak keluar hari ni?
Sahabat : insyaAllah jadi. Kenapa?
Aku : nak ikut gak….saja nak jalan-jalan, takde apa nak buat kat kampus.
Sahabat : okey boleh je…jom bersiap…
Lalu aku pun keluarlah outing pada hari ini bersama dengan sahabat-sahabat yang lain. Tiba di Jitra, aku mengikut sahabat yang ku panggil kakak tadi membeli kain untuk dijahit sebagai tudung labuh. Dengan izin Allah sebaik sahaja aku melihat kain tersebut, semangat dan kekuatan untuk memakai tudung labuh kembali membara. Subhanallah!....kali ini aku nekad, ku bulatkan keazaman untuk turut memakai tudung labuh. Tangan pantas memilih warna-warna yang bersesuaian dengan baju kurung yang aku ada. Daripada hanya menjadi peneman setia sahabatku, kini kain yang ku beli untuk membuat tudung labuh sama banyak dengan yang sahabatku punya. Tujuh helai semuanya. Hatiku tersenyum puas. Akhirnya ada hikmah dan nikmat yang terlindung di sebalik keputusanku untuk mengikut mereka keluar pada hari ini. Alhamdulillah.
Pulang sahaja daripada jitra, aku mula berkira-kira siapa yang nak tolong jahit tudung ni. Aku mana pernah jahit tudung labuh sebelum ni. Banyak pulak tu. Aku meminta salah seorang sahabatku untuk membantu kerana beliau pandai menjahit. Namun dek kerana kesibukannya, aktiviti menjahit tudungku tergendala. Aku sama sekali tidak menyalahkannya. Ku cari waktunya yang terluang dan bila berkesempatan, ku curi waktunya sedikit untuk mengajarku menjahit. Ajar untuk 2 cm pun tak apa, aku hanya nak tahu teknik yang digunakan sahaja. Selebihnya biar aku buat sendiri. Alhamdulillah akhirnya dia membantu aku menjahit sehelai tudung hingga siap sepenuhnya. Dan tudung yang selebihnya aku jahit sendiri. Tak susah sangat rupanya. Dalam masa dua hari aku berjaya menjahit kesemuanya. Itu pun diselang seli dengan kesibukanku ke kuliah. Okey jahit dah siap, tapi tepi tudung nak lilinkan macam mana. Aku tak berapa suka kalau ianya dijahit tepi. Nak lilin tak pandai, masih ku ingat saat ku lilin tudung sekolah dulu, habis hitam jadinya . Sekali lagi aku perlu bantuan sahabatku. Dengan senang hati dia menerangkan kepadaku tip untuk mengelakkan kain hangus di jilat api ketika proses melilin. Katanya, pastikan sisi tepi tudung tiada lebihan benang yang berjuraian. Kalau ada guntingkan. Aku pun cuba mengikut tip tersebut. Memang benar katanya, dengan cara itu aku dapat melilin dengan cepat dan mudah. Takde lagi kesan hitam. Yes…!!! Dua ilmu yang ku pelajari ini akan memudahkan aku untuk membuat tudung labuh pada bila-bila masa yang aku nak tanpa menyusahkan sahabatku lagi. (syukran pada sahabatku Noor Azita atas bantuan yang dihulurkan..doaku semoga Allah mempermudahkan segala urusanmu di dunia jua akhirat…ameen). Aku bersyukur dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang baik . Mereka sering menghulurkan bantuan setiap kali aku memerlukan. Dan ucapan syukur ini sudah tentu berbalik semula kepada Allah yang Utama kerana DIA lah yang membantuku melalui perantaraan sahabat sekalian. DIA jualah yang menggerakkan hati sahabat untuk membantuku. Alhamdulillah.
******************************************************************
Kini , aku tampil dengan penampilan terbaru. Penampilan yang selama ini aku idamkan. Gaya yang selama ini aku dambakan sebagai seorang muslimah dan hamba Allah yang bersyukur. Aku benar-benar selesa dan yakin dengan imej baruku ini. Tiada lagi perasaan gusar dan resah menghantui diriku sebagai mana dahulu. Imej baruku ini benar-benar memenuhi kehendak jiwaku, membuatkan hatiku mudah menerimanya. Jiwa terasa lebih tenteram dan selamat dengan hijab labuh yang menutupi dada dan sebahagian tubuhku yang lain. Alangkah indahnya nikmat memakai hijab labuh ini. Sesungguhnya sesuatu yang disuruh Allah pasti sesuatu yang istimewa dan membawa berjuta rahmat kepada hambaNYA jika dituruti. Masakan Allah menetapkan sesuatu tanpa hikmah disebaliknya.
Semestinya tidak bukan???....Cuma antara kita sedar atau tidak sahaja akan kewujudan hikmah tersebut. Allah lebih mngetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar…..
Banyak keistimewaan yang aku rasai sepanjang aku bertudung labuh. Antaranya secara automatik aku dapat membataskan pergaulan dengan sahabat lelaki, tiada lagi suara terjerit-jerit seperti dahulu. Mereka juga lebih menghormatiku, tidak lagi menyentuhku sesuka hati. Selain itu ketika aku membeli sesuatu di mana-mana kedai jurujual lelaki tidak lagi memulangkan baki duitku secara tergopoh-gapah hingga menyentuh tanganku. Sebaliknya mereka lebih memilih untuk meletakkkan duit di bawah supaya aku dapat mengambilnya. Jika diberikan di tanganku sekali pun mereka lebih berhati-hati supaya tidak tersentuh telapak tangan ini. Istimewanya syariat Allah. Namun aku tidak menafikan masih ada sesetengahnya yang masih tidak menghormati adab sebegitu. Moga Allah membuka pintu kesedaran kepada mereka.
Ada lagi satu peristiwa yang masih ku ingat hingga kini, membuatkan aku semakin mengagumi hikmah bertudung labuh. Pada suatu hari aku dipanggil untuk sesi temuduga Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa di pejabat kolej kediamanku. Aku tidak mendapat makluman bahawa ia memerlukan aku berpakaian rasmi iaitu berbaju kurung. Oleh itu, memandangkan temuduga itu berlangsung selepas isyak maka aku pun hanya mengenakan t-shirt labuh muslimah sahaja. Sampai sahaja di depan pejabat, aku melihat ada dua orang adik juniorku memakai baju kurung. Ah sudah, detik hatiku.
“akak,kenapa tak pakai baju kurung..? sapa salah seorang daripada mereka.
“la kena pakai baju kurung ke, akak ingatkan temuduga tak formal malam-malam camni. Dah tu camne ni ek…? tanyaku mulai cemas. Nak balik semula ke bilikku akan mengambil masa 15 minit. Belum dicampur dengan tempoh masa nak iron baju lain lagi, bersiap lagi. Pening kepala aku dibuatnya. Tiba-tiba aku teringatkan sahabatku yang mana biliknya berhampiran sahaja dengan pejabat.
“takpe, akak pegi bilik kawan akak jap..”ujarku lalu bergerak pantas ke bilik yang dimaksudkan.
Sampai sahaja di biliknya…….
“Assalamualaikum……” salam kuberikan. Setelah salamku dijawab aku pun melangkah masuk.
“awak, malam ni kena pakai baju kurung la. Saya ingatkan juz pakai camni pun takpe. Bleh pinjam jubah tak…? pintaku penuh pengharapan.
“owh yeke, boleh je. Apa salahnya, cubalah mana satu yang sesuai…” jawab sahabatku.
Tangannya pantas mencari jubah yang terbaik untukku. Baik betul sahabatku ini. Lalu dengan segera jubah itu digosoknya. Aku meminta untuk melakukannya sendiri namun dia bertegas mahu mambantu. (kepada sahabatku Diana Dahlan, terima kasih atas segalanya. Doaku moga Allah sentiasa memberikan pertolonganNYA kepadamu…ameen Ya Robb…). Setelah siap digosok baru kami sedar dibahagian tepi jubah itu terkoyak sedikit. Ya Allah, satu lagi masalah yang timbul sedangkan masa semakin suntuk. Aku mendapat satu idea. Kesan yang terkoyak di bahagian tepi itu ku pinkan dengan kerongsang. Apabila aku mengenakan tudung labuhku, tempat yang terkoyak itu tidak langsung kelihatan kerana terlindung di bawah tudung. Subhanallah, Allah menutup aibku pada malam ini dengan hikmah tudung labuh yang ku pakai.
Ada lagi satu peristiwa berlaku di mana ketika itu aku menaiki bas untuk ke kuliah. Disebabkan bas tersebut penuh dengan pelajar, maka sudah menjadi kelaziman bagiku untuk berdiri. Aku berdiri di bahagian yang agak belakang. Di kerusi belakang aku berdiri ada seorang pelajar asing dari Somalia yang duduk. Apabila sampai di suatu tempat dia ingin turun. Aku menempel ke tepi sedikit untuk memberi laluan memandangkan tiada tempat lain yang lebih selamat. Namun ku tunggu dia melintas tak melintas jugak. Dia ni nak turun ke tak, rungut hatiku. Bila ku berpaling ke belakang iaitu ke arahnya dia mempelawa aku duduk dikerusi tempatnya tadi. Rupanya dia tidak mahu melintas selagi aku tidak duduk untuk mengelakkan daripada aku tersentuh dengannya. Alhamdulillah. Aku mengucapkan terima kasih kepadanya lalu duduk. Aku kagum dengan sikapnya yang menghormati kaum wanita. Bukan seperti sesetengah pelajar lelaki yang lain termasuklah pelajar beragama Islam sekali pun kebiasaannya ikut suka redah je.
*****************************************************************
Seterusnya ku bawakan pula kisah penulis kesayanganku ini mengenai keistimewaan bertudung labuh berdasarkan pengalamannya sendiri. Moga beroleh manfaat.
Tudung Labuh - Pengalaman menarik Fatimah Syarha menerusi kolum Remaja Majalah Solusi isu no 21.
Semoga bacaan ini dapat "put things into perspective" buat kita dalam menilai dan memahami kewajipan menutup aurat sebagaimana yang dituntut agama, insyaAllah.
Corat-Coret Kisah Tudung Labuh…
“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.
Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.
Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.
Yang Tertutup Itu Indah
Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”
Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.
Istimewa Bertudung Labuh
Di sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.
Dikejar Tebuan Tanah
Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan.
Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.
Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.
Terlindung daripada Mata Mat Rempit
Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.
Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.
Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku.
Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.
Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.
Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.
“Di mana?” Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada.
Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.
Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali!
Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!
Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut
Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.
Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.
Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak.” Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?
Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh
Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan.
Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.
Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.
Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.

*********************************************************************
Begitulah sedikit sebanyak kisah perjalanan hidupku sepanjang bermusafir di bumi Allah ini. Moga dengan usia yang semakin bertambah akan membuatkan aku lebih matang dalam mendekatkan diri kepadaNYA. Kukesali dengan kejahilanku yang lalu, namun ianya sudah menjadi sejarah yang tidak mungkin dapat ku ulang dan juga tidak ingin ku ulangi lagi. Biarlah aku membuka kisah hidup yang baru sebagai seorang muslimah yang dirahmati Allah SWT. Tidak ingin lagi diri ini hidup dalam kejahilan yang jelas nyata tercipta. Ampunkan aku Ya Allah. Bantulah aku untuk terus istiqomah di landasan syariatMU. Terngiang-ngiang di telingaku seorang sahabat berpesan “tiada siapa yang dapat merubah jika diri tidak berubah, tiada siapa yang akan memberi jika acap kali kau minta simpati”….begitu mendalam maksudnya bagiku. Terima kasih atas segalanya. Moga travelog hidupku ini mampu mengubah persepsi negatif sesetengah pihak terhadap golongan yang bertudung labuh. Kami bukan golongan pemberontak fesyen moden, bukan juga golongan yang suka membantah. Namun kami merupakan golongan yang punyai prinsip tersendiri. Prinsip untuk mendapatkan redha Allah dalam apa jua yang kami lakukan. Kami tidak mempunyai kekuatan untuk berjihad di medan perang. Jadi inilah jihad kami dalam melawan salah satu musuh utama iaitu NAFSU yang gemarkan tabarruj. Renungkanlah, moga beroleh manfaat………sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang jahil itu datang daripada kelemahan saya sendiri. Astaghfirullah….
Kami bidadari besi yang bersemangat WAJA,
ISU IFC....
Assalamualaikum wbt...Segala puji bagi Allah atas segala nikmat yg dianugerahkan padaku, selawat & salam buat idola tercinta, Rasulullah SAW, ahli keluarganya, serta para sahabat seperjuangan Baginda. Sejambak doa ikhlas ku utuskan buat arwah kedua ibu bapaku, kaum keluargaku, guru2ku,sahabat2ku, dan seluruh umat Islam yg lain. Moga Allah memberikan kesejahteraan kepada kita semua. InsyaAllah...
Alhamdulillah akhirnya siap juga blog y julung2 kalinya ku cipta. Moga ianya bakal menjadi medan penyebaran dakwah yang membawa manfaat kepada kita semua. Ameen. Dek kerana ini kali pertama blog ini memulakan denyut nadinya, so xde idea lagi utk nk menulis...(maaf ye)..namun itu tdak bermakna sy akn biarkan ruangan ini ksong tnpa isinya. wlupun sdkit, sy akan cba sdya upaya utk memastikan terdpt pengisian yg bguna utk warga pmbaca sekalian.
Oleh itu di sini sy ingin mmbawakan "ssuatu" yg mmerlukan kta sbg umat Islam menghayatinya sedalam yg mngkin....Mungkin di bawah sedar, kita terlupa bahawa selama ini Islam sering diperlekehkan, dihina secara halus & telus oleh golongan2 ttentu...bbgai2 cara & teknik dlakukan utk mnjatuhkan maruah Islam yg mana kdg2 apa y mnyedihkan adlah ad phak2 y tlibat jga tdiri drpda mreka y beragama Islam sndiri. Astagfirullah, inilah bahana y mnimpa apabila masyarakat kta kini "over open minded".
Moga apa y sy paparkan ini mampu mmberi kesedaran kpada kta semua utk bangun berjuang menegakkan agama y mulia ini...!!! renungkanlah......
Apa Itu Interfaith Commission (IFC)?IFC yang nama asalnya ialah IRC – Inter Religious Council (IRC) - adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama (termasuk aduan orang Islam terhadap agama Islam dan orang Islam).
Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?
IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.
Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC?
Majlis Peguam terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya.
Majlis Peguam terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya.
Tuntutan Orang-orang Bukan Islam Yang Dibuat Melalui IFC?
1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan sesorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Implikasi dan Bahaya Penubuhan IFC
Berdasarkan draf undang-undang penubuhan IFC, suruhanjaya ini jika ditubuhkan ianya amat berbahaya kepada Islam dari sudut-sudut berikut:
i. Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam
IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah campurtangan orang bukan Islam dalam hal ehwal agama Islam secara terang (tanpa berselindung). Hak perlembagaan bagi mengamalkan agama sendiri (Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan – Freedom of Religion (Kebebasan beragama)) tidak berlanjutan kepada mempersoalkan agama lain dan tidak sampai menuntut ajaran agama orang lain dipinda semata-mata untuk disesuaikan dengan kepentingan sendiri. Orang-orang bukan Islam berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campurtangan dalam urusan agama Islam. Campurtangan ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam sendiri.ii. Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah
Norma-norma antarabangsa tersebut ialah:iii. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja
Kesemua norma antarabangsa tersebut belum disahkan oleh Malaysia kecuali yang dinyatakan sebaliknya. IFC menuntut supaya agama mestilah mengikut ketentuan norma antarabangsa di atas. Norma antarabangsa tersebut tidak membezakan antara orang Islam dan bukan Islam. Di bawah norma-norma tersebut, untuk orang Islam, peraturan untuk kehidupan mereka bukan lagi Islam tetapi norma-norma antarabangsa tersebut yang dicipta oleh manusia. Apa sahaja ajaran Islam yang bertentangan dengan norma antarabangsa akan dihapuskan. Ini bermaksud, Allah mesti tunduk kepada norma antarabangsa. Ini menjejaskan aqidah seorang Muslim.
Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948, Konvensyen untuk menghapuskan semua jenis diskriminasi terhadap wanita (disahkan oleh Malaysia pada 5 Julai 1995), Konvensyen mengenai hak kanak-kanak, Deklarasi untuk menghapuskan semua bentuk ketidaktoleransi dan diskriminasi berasaskan agama, Deklarasi mengenai hak-hak orang untuk mempunyai kewarga negaraan, sukukaum, agama dan bahasa minoriti, Deklarasi Vienna dan pelan tindakan.
Manusia adalah bebas. Begitu juga orang Islam adalah bebas. Mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk mengamalkan ajaran agama lain tetapi masih boleh mengaku sebagai seorang Muslim atas nama kebebasan beragama. Kebebasan agama ini dijamin oleh norma antarabangsa di atas.iv. Orang Islam bebas untuk murtad
Deklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia menyatakan 'setiap orang mempunyai hak untuk bebas berfikir, suara hati dan agama. Ini termasuk kebebasan menukar agama. (Artikel 18). Ini bermaksud status sebagai seorang Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi ditentukan oleh manusia. Berdasarkan norma antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang penganutnya keluar daripada Islam kerana itu dibenarkan oleh norma antarabangsa.v. IFC berhak dan diberi kuasa menentukan status agama seseorang
Seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC. Permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang di antaranya adalah orang bukan Islam. Ini adalah campurtangan yang amat nyata dalam hal ehwal Agama Islam. Jabatan Pendaftaran Negara tidak berhak menolak permohonan seseorang untuk menukar nama daripada Islam kepada bukan Islam dengan alasan suatu percubaan untuk murtad. Jika permohonan ditolak ini menjejaskan keharmonian dan kebebasan beragama. Perkara ini terkandung di dalam seksyen 19(3) draf undang-undang IFC.Tiada sebarang agama yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Oleh yang demikian tidak pernah wujud badan seumpama IFC di mana-mana sahaja dalam dunia ini.
Kenapa Kita Mesti Tentang IFC
1. Sikap Anti-Islam Pihak Penaja
Pihak Penaja jelas menunjukkan sikap yang anti-Islam. Ini adalah kerana beberapa memorandum yang dikeluarkan oleh mereka sebelum ini seperti berikut:
àSeseorang Muslim patut diberi hak untuk meninggalkan Islam walaupun agama Islam tidak membenarkannya;
àArtikel 11 Perlembagaan Persekutuan (dilihat dari aspek pelbagai dokumen antarabangsa mengenai hak asasi manusia dan hujah-hujah kes mahkamah di negara-negara bukan Islam) seharusnya diguna-pakai dalam menentukan hak seseorang Muslim memilih untuk murtad, dan bukannya undang-undang syarak;
àUntuk memudahkan proses murtad Mahkamah Sivil dan bukannya Mahkamah Syariah yang seharusnya diberi kuasa menentukan hak seorang Muslim itu keluar dari agamanya;
àUsaha yang diambil oleh Pihak Berkuasa Syariah Negeri memulihkan orang-orang yang bakal murtad dipertikaikan;
àIstilah “Muslim” di bawah Undang-undang Enakmen Negeri terlalu luas walaupun didapati konsisten dengan undang-undang Syariah;
àSeseorang itu tidak harus dianggap Muslim hanya disebabkan kedua ibubapanya Muslim atau beragama Islam atau dalam keadaan lain berdasarkan Undang-undang Syariah. Individu berkenaan sepatutnya membuat pilihan atas kehendaknya sendiri;
àAgama seseorang Muslim itu tidak sepatutnya tercatat pada Kad Pengenalannya.
Isu-isu di atas langsung tidak ada kena mengena dengan hubungan antara agama tetapi adalah bersabit dengan ajaran Islam yang tidak boleh dipertikaikan oleh penganut-penganutnya sendiri apatah lagi oleh orang-orang bukan Islam.
Pelbagai memorandam yang dikeluarkan pihak penaja IRC/IFC terang-terang merupakan tindakan campur tangan yang serius terhadap ajaran Islam.
Sikap dan perasaan benci yang amat mendalam terhadap Islam di kalangan ahli-ahli pihak penaja yang bukan Muslim amat jelas kerana tidak mengendahkan bantahan seluruh ummat Islam dan badan-badan yang SAH mewakili Islam.
Dengan kebencian mereka terhadap Islam – seperti yang terbukti melalui artikel yang ditulis oleh Ahli Kanan Majlis Peguam dalam warta mereka yang menghina azan yang mana telahpun dijawab oleh YAB Perdana Menteri – adalah dikhuatiri tuntutan lain pula akan menyusul sehingga ciri-ciri keIslaman negara ini terurai. Pernah diperkatakan Malaysia hampir mencapai kedudukan sebagai sebuah Negara Islam, kalau tidak kerana campur tangan kuasa penjajah dan ketibaan orang-orang bukan Muslim. Apakah kita sekarang ini sedang menyaksikan negara kita mundur semula menjadi negara sekular dengan Islam sebagai hiasan politik semata-mata?!
2. Isu-isu yang Dibangkit Tidak ada Kena Mengena Dengan Hubungan Antara Agama
Tiada satupun perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat-mesyuarat mereka ada berhubung dengan isu-isu orang-orang bukan Muslim. Malah isu-isu yang antaranya disebut di atas adalah kesemuanya berhubungkait dengan ajaran dan hak-hak orang Islam.
3. IFC/IRC Mencabar Perlembagaan Islam Sebagai Agama Rasmi Malaysia
Sebagai suatu strategi bagi menentukan penubuhan IRC, hanya bentuk kasar pertubuhan ini sahaja diperkenalkan buat masa ini. Isu-isu yang dibangkitkan itu, sekiranya tidak diambil kira implikasinya, kelihatan seperti munasabah: contohnya, mualaf yang ingin kembali kepada agama asal mereka apabila perkahwinan mereka dengan orang Islam gagal.
4. IFC Akan Menjadi Badan Yang Boleh Mempersoalkan Hukum-hakam Islam
Berdasarkan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Penubuhan IRC badan ini akan diwakili oleh Islam dan yang bukan Islam dengan kuasa untuk menerima aduan daripada penganut mana-mana agama terhadap agama Islam dan akan membuat keputusan menyoal dan menuntut supaya diubah beberapa ajaran Islam yang fundamental, yang telah sekian lama termaktub dalam sistem perundangan Malaysia.
5. IFC Bakal Campur Tangan Dalam Pentadbiran Hal Ehwal Islam
IFC semestinya akan campur tangan dalam susunan perlembagaan sedia ada yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal agama Islam yang mana kuasa diberi kepada Raja-Raja, Majlis Agama Islam Negeri dan Badan-badan lain serta pegawai-pegawainya. IFC akan mendapat tentangan hebat daripada pihak-pihak tersebut. Implikasi bagi perpaduan ummah, hubungan di peringkat Persekutuan dengan Negeri dan cabaran kepada pentadbiran Islam yang sedang menghadapi pelbagai masalah, adalah serius.
MAKA, adalah menjadi tanggung jawab seluruh ummat Islam di negara ini supaya membantah cadangan penubuhan IRC/IFC ini. Membenarkan penubuhannya walaupun dalam bentuk yang paling sederhana sekalipun akan membuka ruang kepada lebih banyak lagi tuntutan untuk memperkukuhkannya sehingga ia dapat melemahkan Islam dengan berkesan.
Peranan Seorang Muslim Dalam Menghadapi Penubuhan IFC
Ummat Islam Malaysia harus bangun dan sedar ancaman dan bahaya yang bakal ditimpa jika penubuhan Suruhanjaya ini diluluskan dan berkuatkuasa.
Oleh itu ianya menjadi tanggungjawab dan kewajipan anda semua sebagai orang Muslim di Malaysia ini untuk:
1. Faham dan maklum apa itu yang disebut sebagai Suruhanjaya ini dan implikasinya terhadap agama Islam dan ummat Muslimnya
2. Berusaha memaklumkan serta memberi kefahaman kepada seluruh ahli keluarga, rakan-rakannya dan ahli masyarakat lain berhubung penubuhan IFC dan bahayanya
3. Berusaha menyatakan bantahan yang keras dan bersungguh agar usaha penubuhan IFC ini dibatalkan
4. Berusaha dengan bersama-sama dengan suara yang padu memintakan wakil-wakil rakyat mereka menyekat usul penubuhan Suruhanjaya ini dari di bawa ke Parlimen
5. Menyuarakan bantahan melalui pelbagai media massa serta memberi pendidikan yang sewajarnya agar seluruh warga negara faham dan maklum sebab-sebab ummat Islam di Malaysia membantah penubuhan Suruhanjaya
6. Memaklumkan serta menyebar maklumat kepada ummat Islam seluruh dunia dan berusaha mendapatkan sokongan mereka untuk turut bersuara melalui pelbagai kaedah dan ruang..
(Ayuh membangun bersama Islam!!!!!)...moga beroleh manfaat...Wassalam...
Subscribe to:
Posts (Atom)