Monday, February 20, 2012

Dari Blog HIKMATUN : Antara Mukjizat Nabi Muhammad SAW

-Mengetahui siksa kubur dua orang dalam makam yang dilewatinya kerana dua orang tersebut selalu shalat dalam keadaan kotor kerana kencingnya selalu mengenai pakaian solat.
- Mengetahui ada seorang Yahudi yang sedang disiksa dalam kuburnya.
- Meramalkan seorang isterinya ada yang akan menunggangi unta merah, dan di sekitarnya ada banyak anjing yang menggonggong dan orang tewas. Hal itu terbukti pada Aisyah pada ketika Perang Jamal di wilayah Hawwab yang mengalami kejadian yang diramalkan Muhammad.
- Meramalkan isterinya yang paling rajin bersedekah akan meninggal tidak lama setelahnya dan terbukti dengan meninggalnya Zainab yang dikenal rajin bersedekah tidak lama setelah kematian Muhammad
- Meramalkan Abdullah bin Abbas akan menjadi “bapa para khalifah” yang terbukti pada keturunan Abdullah bin Abbas yang menjadi raja-raja kekhalifahan Abbasiyah selama 500 tahun.
- Meramalkan umatnya akan terpecah belah menjadi 73 golongan.
- Meramalkan Kenapa Dunia Islam Menjadi Sasaran Pemusnahan, dan ramalan-ramalan seperti di bawah
- Seluruh Dunia Datang Mengerumuni Dunia Islam
- Ilmu Agama Akan Beransur-ansur Hilang
- Umat Islam Mengikuti Langkah-Langkah Yahudi dan Nasrani
- Akan wujudnya Golongan Anti Hadith dari kalangan umat Islam sendiri
- Islam Kembali asing sebagaimana datangnya dulu
- Memperingatkan tentang Bahaya Kemewahan
- Umat Islam Memusnahkan Orang-orang Yahudi
- Sifat Amanah Akan Hilang Sedikit Demi Sedikit
- Orang Yang Baik Berkurangan Sedang Yang Jahat Bertambah Banyak
- Zaman Dimana Orang Tak Pedulikan Dari Mana Mendapat kan Harta
- Harta Riba Wujud Di Merata Tempat
- Orang Meminum Khamar dan Menamakannya Bukan Khamar. Terbukti sekarang ramai yang menghisap DADAH, PIL-PIL KHAYAL dan seumpamanya.
- Sedikit Lelaki dan Banyak Perempuan
- Hamba Menjadi Tuan dan Terbinanya Banyak Bangunan Yang Mencakar Langit
- Ahli Ibadat Yang Jahil dan Ulama Yang Fasiq
- Orang Yang Berpegang Dengan Agamanya Seperti Memegang Bara Api
- Golongan Ruwaibidhah
- Peperangan Demi Peperangan
- Masa Akan Menjadi Singkat
- Munculnya Galian-galian Bumi
- Tanah Arab Yang Tandus Menjadi Lembah Yang Subur
- Ujian Dahsyat Terhadap Iman
- Peperangan Di Kawasan Sungai Furat (Iraq) Kerana Merebut Kekayaan. Terbukti bahawa Amerika Syarikat telah menakluki Iraq tidak lama dulu.
- Ulama Tidak Dipedulikan
- Islam pada Nama Sahaja
- Al Quran Akan Hilang dan Ilmu Akan Diangkat
- Lima belas Maksiat Yang Akan Menurunkan Bala
- Umat Islam Bermegah-megah Dengan Masjid
- Menggadaikan Agama Kerana Dunia

p/s : mari bersama muhasabah diri...

Nukilan Rindu Buat Sahabat..

Beningnya pagi mengimbas lipatan memori
Meneroka seluruh pelosok hati sanubariku ini
Terdetik di jendela hati rasa rindu pada kalian
Menghitung detik yang pasti ke arah satu pertemuan...

Sahabat
Masa amat mencemburui kita
Saat bersama disentak dengan ungkapan perpisahan
Walau ku tahu ianya suatu kepastian yang nyata
Namun menghadapinya memerlukan erti ketabahan yang sebenar...

Sahabat
Saat ku jatuh kau sedia menghulurkan tangan
Saat ku hiba kau hulurkan bahu tanda sokongan
Saat ku gembira kau berlapang dada tanda lega
Tiada keluhan sepanjang baktimu menabur jasa...

Sahabat
Keprihatinanmu membuatkan aku terharu
Sokonganmu membakar jiwa perjuanganku
Tanpamu aku seperti kehilangan sesuatu
Betapa bernilainya dirimu di anugerahkan padaku...

Sahabat
Walaupun kita terpisah beribu batu
Walaupun kau jauh di pandangan mataku
Namun memori bersamamu terpahat teguh di ingatanku
Akan ku bawa sepanjang kembara hidupku...

Dari kejauhan aku berdoa
Moga Allah SWT merahmati dirimu selalu
Pintaku jua hanyalah satu
Ingati daku dalam setiap bait doamu...

p/s : nukilan ini ditujukan buat semua sahabat tersayang.....






Cerpen : Bersyukurlah..

Zamri, remaja berusia 17 tahun, dilahirkan dalam suasana keluarga yang serba kekurangan namun mereka tidaklah sedaif mana.  Hanya cukup untuk memenuhi keperluan harian.  Namun hidup mereka dilimpahi kasih sayang dan saling mengambil berat antara satu sama lain.  Zamri bertuah dikurniakan ibu bapa yang penyayang dan prihatin terhadap perkembangan semasa anak-anak mereka.  Namun jauh di sudut hatinya kadangkala berasa cemburu akan kemewahan yang dipamerkan oleh rakan sekeliling. 
  Berbekalkan telefon bimbit di tangan masing-masing, mereka melangkah penuh gaya.   Apatah lagi dapat memandu kenderaan sendiri untuk ke sekolah.  Namun dia ditakdirkan tidak punya itu semua.  Hanya mengharapkan dua pasang kaki yang dikurniakan Ilahi untuknya menghayun langkah saban hari ke sekolah yang tidak kurang jauhnya.  Walaupun begitu dia redha dan ikhlas menerima keadaan diri seadanya ditambah pula sokongan dan dorongan yang tidak pernah putus dari bibir kedua orang tuanya membuatkan dia lebih bersemangat untuk berjuang membela nasib keluarga.
  Zamri mempunyai seorang sahabat karib, Ehsan, daripada keluarga yang berada.  Walaupun Ehsan daripada golongan remaja serba mewah namun hakikatnya anak muda itu kekurangan sesuatu yang amat bernilai dalam hidupnya iaitu kasih sayang.  Zamri menjadi tempatnya mencurah segala rasa yang terbuku di hati.  Ehsan jarang dapat berjumpa ibu bapanya walaupun mereka tinggal di rumah yang sama.  Manakan tidak, sebelum dia bangun ibu bapanya sudah keluar bekerja, dan apabila dia sudah tidur, mereka baru pulang dari kerja.  Hari minggu pula keduanya sibuk dengan persatuan masing-masing.  Hanya wang yang banyak menjadi lambang kasih sayang antara dia dan kedua ibu bapanya.  Kadang kala dia sendiri berasa cemburu melihat keakraban dan kebahagiaan keluarga Zamri.
  Itulah yang membuatkan Zamri sentiasa bersyukur dan ikhlas dengan keadaan dirinya.  Walaupun dia serba kekurangan namun itulah pengajaran yang paling berharga dalam usaha mematangkan diri.  Dia bersyukur walaupun keluarganya tidak semewah Ehsan namun mereka mewah dengan kasih sayang dan ia tidak mungkin dapat dibeli dengan wang ringgit.  Ya, sememangnya tidak mungkin!