Monday, February 20, 2012

cerpen : Bertenang,mungkin ada hikmahnya...

Geram betul aku dengan bas ni, waktu aku datang awal dia lambat.  Bila aku lewat lima minit je dah terlepas pulak,” Syikin mengomel seorang diri melihat bas yang semakin menjauh pergi.  Kalau ikutkan hati yang panas mahu saja di tabur paku atas jalan supaya pancit tayar bas tu.  Geram betul hatinya.  Terpaksa dia mengambil mc untuk hari ni memandangkan dia tidak mempunyai kenderaan lain untuk ke tempat kerja.  Dengan hati yang panas dia melangkah pulang ke rumahnya.  Mulutnya masih lagi mengomel-ngomel tanda tidak berpuas hati dengan kejadian tadi.
“La kenapa balik pulak ni, tak keje ke hari ni?” tegur ibunya sebaik melihat kelibat Syikin memasuki halaman rumah.
Kena tinggal dengan bas, geram betul rasanya macam nak hempuk je kepala pemandu bas tu,” balas Syikin.
Ooo macam tu rupanya, ingat memang tak kerja hari ni.  Sabarla, mungkin ada hikmahnya Ikin terlepas bas tu.  Janganla diikutkan rasa marah sangat sampai nak hempuk kepala pemandu tu, kesian dia,” ibunya membalas sambil berseloroh.
Mak ni orang tengah sakit hati dia boleh buat lawak pulak,” jawabnya sambil berlalu ke kamar.  Mak Jah ketawa sambil menggeleng kepala melihat telatah anak daranya yang seorang ini.
  Petang itu, Umie kawan sekerja Syikin datang ke rumahnya. 
“Kin, kenapa kau tak datang keje arini?” soalnya.
Nak pergi macam mana, bas tinggal aku,” jawabnya bersahaja.  Kemarahannya sudah beransur reda.
“Alhamdulillah.  Ha ni aku nak cite sesuatu kat kau.  Nasib baik kau tak naik bas pagi tadi tau,” jawab Umie.
Kenapa pulak?Syikin bersemangat ingin tahu.
Masa aku balik tadi bapak aku ada cite yang bas tu terbabas masuk dalam gaung yang dekat selekoh depan tu.  Dengar cite ramai gak yang cedera parah.  Sebab tu la aku datang rumah kau ni, bimbang jugak aku mana la tahu kau pun ada dalam kejadian tu.  Alhamdulillah kau selamat,” Umie menarik nafas lega.
  Syikin terdiam tanpa kata.  Ada rahmat tersembunyi untuknya dengan kejadian di tinggalkan bas pagi tadi.  Alhamdulillah Allah SWT masih melindunginya.  Segera dia beristighfar mengenangkan keceluparan mulutnya yang terlalu mengikut kata hati.  Jauh di sudut sanubari, dia benar-benar bersyukur atas hikmah setiap kejadian yang Allah aturkan.  Benarlah kata ibunya, mungkin ada hikmah yang tersembunyi.

No comments:

Post a Comment