Thursday, March 8, 2012

Diari Hidupku^_^.

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh....

Alhamdulillah, segala puji kepada Allah SWT yang masih mmberiku peluang dan kesempatan untuk meneruskan pengembaraan di muka bumi ini,
Alhamdulillah, diri ini masih diberi pinjaman nyawa, kesihatan yang baik, udara yg percuma dan nikmat yg pelbagai sebagai tunjang kekuatan untuk melaksanakan misi kembara dengan lancar sebelum kembali ke destinasi yg abadi. Destinasi yg paling indah jk "bekalan & tiket" yg ada bernilai tinggi, namun utk mendptkan "tiket" itu memerlukan pengorbanan dan usaha yg amat2 tinggi jua.  Itulah perjuangan bg insan yg mengimpikan Syurga Allah SWT.  Moga stp hari kita menanam & menyemai azam utk cuba mmperbaiki serta memuhasabah diri agar mampu menjadi hamba yg dapat berkhidmat dgn taat dan setia kpd Pencipta.  InsyaAllah.

Berbalik kpd coretan kali ini, ia lebih berkisar kpd pjalanan hidupku yg semakin hari smkin mencabar namun tetap indah utk dikenang.  Melangkah ke satu fasa dmi satu fasa dlm garis kehidupan mencipta pengalaman baru dalam usaha mematangkan diri menjdi insan yg lebih baik.  Jk dhulu diri ini berada dlm fasa persekolahan/pengajian, kini aku melangkaui satu lagi fasa praktikal sbg persediaan melangkah ke alam kerjaya.  Menyandang status sebagai seorang isteri dan kini dlm debaran bahagia menanti kehadiran anugerah Allah yg tidak ternilai mnjadikan diri smkin kuat utk memikul tanggungjwb yg diamanahkan, dengan izin Allah jua.

Jika dzaman psekolahan, blik je umah semua makanan terhidang di atas meja.  x plu masak, xplu fikir menu ape.  Namun kini, baru ku sedar akan besarnya tanggungjawab sbg seorg isteri dan ibu.  Tambahan pula bgi ibu2 yg bekerjaya.  Allah mmberiku peluang merasai pengalaman itu sndiri.  Walaupun hya prktikal & bkn bkerjaya tetap, namun tempoh msa adlh sma.  Seawl 5.30 pgi aku perlu bangun utk bersiap, menunaikan solat Subuh dan menyediakan sarapan buat suami tercinta.  Semuanya harus pantas utk mengelakkan kesesakan lalu lintas ke pejabat.  Pulang dri pejabat smpai umah pd jam 6 ptg, trus bsiap utk solat Asar.  Selesai solat, kaki laju melangkah ke dapur bg menyediakan minum petang & hidangan makan malam.  Bukan kebiasaanku utk mkn di kedai, sehabis daya aku cuba utk memasak sndiri istimewa utk suami tersayang.  Setiap hari aku belajar utk mmpelbagaikan menu.  Sedap/tidak pkara no 2.  Bukan ape, xsampai hti nk tgok suami asyk mkn hsil org lain yg masakkan. Alhamdulillah, aku bersyukur dikurniakan seorg suami yg rajin mmbantu.  Tugas mmbasuh pakaian, menyidai dan melipat kadang-kala dilakukan olehnya tnpa disuruh.  Mungkin dia mengerti akn kekangan waktu ku.  Apabila jam menunjukkan waktu magrib, semua hidangan sudah tersedia.  Kami menunaikan solat Magrib & Isyak tlbih dhulu sblm makan, mmg kebiasaannya begitu kerana perut msih lg kenyang dgn minum petang sbentar td.

Apabila siap solat Isyak, barulah kami mula menjamu selera.  Menjadi kemestian suami memuji msakanku sbg tanda penghargaan.  Hilang sgla penat & lelah apabila suami makan penuh berselera.  Sama ada benar2 brselera/tdk aku x pasti namun itulah teknik psikologi yg penting dalam mengeratkan kasih sayang rumahtangga.  Ramai yang mengambil remeh soal ini.

Sesudah makan, satu amalan yg slalu kuperhatikan thadap suamiku sjk mula berkahwin hngga skrg adlh dia akan mncuci pinggan dan cwannya sdiri wlu pun aku tdk mmbenarkan.  Rupanya amalan itu hsil didikan dlm keluarganya, dan mmg btul stp ahli keluarganya kuperhatikan akn mmbsuh pinggan dan cwan msing2 bila slesai mkn.  Tujuannya adlh utk meringankan tugas ibu dr mmbsuh pnggan yg byk.  Bygkn klu ad 10 org anak & msing2 mncuci pnggan sndiri? Kan dpt mmbntu para ibu mmpercepatkn lg kerjanya...

Brbalik kpd cerita td, lps mkn suami ku akn berehat smbil menonton tv.  Manakala aku pula meneruskan tugas yg msih blum slesai iaitu meng'iron' baju utk ke pejabat esok.  Ha lpas siap barulah boleh rehat smbil berhalaqah bsma suami.  Kdg2 topik yg dibualkn bkaitan dgn isu smasa, isu2 agama, dan sebagainya...Saling menasihati antara 1 sama lain dmi kebaikan mnjadi matlamat kmi dlm perbualan.  Ya, sememangnya kita tdk smpurna, iman juga ada psg surutnya.  Namun nsihat dmi nsihat stp hari boleh dijdkan peringatan dlm usaha mmperbaiki diri agar tidak terus melalui haluan yg salah.  Berdoalah sntiasa agar Allah SWT terus mmberikan bimbingan dan petunjuk sbg panduan kita dalam kembara di Buminya.  InsyaAllah.

Sampai di sini dlu coretan kali ini, ssungguhnya yg baik itu dtg dr Allah SWT & yg lemah itu adlh dr dri hamba ini sndiri.  Yang baik jdkan pengajaran dan yg buruk jdkan sbg sempadan.  Wallahualam.

No comments:

Post a Comment