Wednesday, March 14, 2012

"Indahnya Solat Tahajud_Kajian Perubatan"

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Subhanallah Walhamdulillah Wala ila ha illallah Allahuakbar...Syukur kupanjatkan pdMU Ya Rabb atas kurniaan penglihatan ini, dengannya aku bisa melihat suasana pagi yg kelihatan tenang, masih mmpu mengucapkan kata, masih mampu mendengar dengan baik.  Alhamdulillah.  Bimbinglah hati & jiwaku dengan nikmat Iman dan Islam agar aku bisa menjadi salah seorang bidadari syurgaMU kelak. 

Indahnya Solat Tahajud.  Begitulah tajuk yg ingin kukongsikan bersama warga pembaca yg sudi singgah di blogku.  Indah hikmahnya seindah namanya.  Tahajud Cinta, cinta kpd Pencipta.  Cinta yg begitu Mulia & Teragung tanpa ada bandingannya.  Tanpa cintaNYA, gundahlah hati seorang hamba.  Retaklah jiwa tiada bermakna.

Apa yang kupaparkan di sini hanyalah beberapa hikmah di sebalik solat Tahajud yang dilakukan pada waktu malam.  Kalau nk dihuraikan semua hikmahnya mungkin ada yang tidak tercapai di akal manusia selemah kita.  Kajian mengenai kelebihan solat Tahajud ini telah dilakukan oleh seorang editor dan aktif menulis buku, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam dari Universitas Muhammadiyyah Surakarta, Indonesia.  Beliau adalah Ustaz Fahrur Muis.  Semoga Allah memberkati apa yang cuba diusahakan beliau.  Sememangnya banyak lagi pengkajian mengenai kelebihan solat dari aspek perubatan sebagai contoh seperti yang dilakukan oleh beberapa penyelidik daripada Universiti Malaya.  Dua daripadanya beragama Islam dan seorang berbangsa Cina.  SubhanAllah.  Moga Allah memberi hidayah kepadanya.

Berbalik kepada solat Tahajud yang dilakukan pada waktu malam, daripada sudut perubatan terdapat beberapa alasan/hikmah antaranya:

1)  Cuaca pd waktu malam sejuk dan lembab, maka lemak2 tepu yg menutupi saraf kita menjadi beku.  Apabila tidak digerakkan dgn cepat, sistem bagi memanaskan tubuh tidak aktif, saraf kesejukan, malah kolestrol dan asid urik berubah menjadi kapur.

2)  Terlalu lama tidur boleh menambah berat tubuh kita dan menyebabkan paru-paru menjadi lembab dan salur darah ikut tersumbat.  Ini kerana salur berlebihan wap air daripada paru-paru ke ginjal yang terdapat pada bahagian belakang tubuh kita.  Saraf di situ akan bersalut kapur.  Jika dibiarkan lama, menyebabkan paru-paru basah dan ini berbahaya kerana sel paru-paru akan rosak.

3)  Banyak tidur juga berpenyakit.  Bukan lamanya masa tidur yang diperlukan tubuh kita tetapi kualiti tidur itu sendiri.  Dengan solat malam, kita dapat mengawal urat tidur kita. 

4)  Tidur atas tilam yang empuk menyebabkan urat saraf yang mengawal tekanan ke bola mata tidak mendapat tekanan yang cukup bagi memulihkan kedudukan saraf mata kita.  Tidur dengan bantal yang tebal/tinggi juga menyebabkan kedudukan katup jantung menjadi miring.  Dalam jangka masa yang lama menyebabkan  katup jantung kurang berfungsi.

5)  Menurut penelitian Prof. Dr. Muhammad Soleh, solat Tahajud ternyata bukan sekadar solat tambahan atau solat sunat muakkad.  Jika selalu diamalkan dengan ikhlas, ia juga mampu mengatasi penyakit barah.  Secara perubatan, solat Tahajud mampu menimbulkan tindak balas pertahanan tubuh (imunologi).  Khasnya kepada imunoglobin M, G, A dan limfositnya iaitu pandangan serta motivasi positif.  Selain itu ia juga dpt mmberi kesan efektif kpd kemampuan individu bg menyelesaikan masalah yg dihadapi.  Jelasnya lagi berdasarkan pendapat dlam dunia perubatan, solat Tahajud boleh meningkatkan sistem pertahanan tubuh menjadi lebih baik.

SubhanAllah, segala aturannya tidak pernah sia-sia.  Semua mmpunyai hikmah dan alasan yg kkuh stlh pelbagai kajian dilakukan.  Itulah tanda Kebesaran dan Kebijaksanaan Allah SWT.  Hanya ini sahaja yg dapat dikongsikan bersama buat kali ini, semoga empuknya tilam, hangatnya selimut dan mengantuknya mata tdk menjadi penghalang besar bg kita mendirikan solat Tahajud.  Mungkin permualaannya agak sukar namun berdoalah dan sentiasa menanam azam untuk melaksanakannya scra istiqamah.  Moga Allah membantu dalam meringankan sebarang halangan itu agar solat tahajud menjadi amalan kita sehingga ke hujung nyawa.  InsyaAllah, amin.

p/s : Berusahalah untuk tingkatkan amal dari sesaat ke sesaat, sikit2 lama2 jd bukit...^__^

No comments:

Post a Comment